Monday, 3 March 2014

Ketua Pembangkang Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang popular dari segi percakapan, tetapi tidak popular dari segi perkhidmatan.
Kita harap rakyat negeri Selangor khususnya di Kajang betul-betul menilai tokoh yang nak dipilih atas sebab apa? Sebab popular sahaja atau khidmat dia?,” katanya kepada Antarapos.
“Kalau atas populariti mungkin dia menanglah tapi khidmat dia tak menang.
“Sebab kalau dinilai khidmat setakat ini memang tiada apa pun, dia cakap-cakap sahaja,” katanya.
Dari segi perkhidmatan, Jahara berkata Anwar tidak layak untuk bertanding di DUN Kajang kerana beliau gagal memainkan peranan serta memberi khidmat cemerlang sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Dia (Anwar) saja nak puaskan hati dia agaknya bila tengok dia dah popular dan dia boleh menang.
“Tapi di Permatang Pauh pun dia tak beri khidmat yang cemerlang, tak tahu macam mana dia nak berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor pula.
“Dia nak gunakan populariti dia untuk dapatkan kuasa, jadi sekali lagi dia nak ambil kesempatan terhadap sokongan rakyat,” katanya.
Jahara turut mempersoalkan peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.
“Dia (Anwar) dilantik sebagai Penasihat Ekonomi untuk kerajaan negeri Selangor, kalau Penasihat Ekonomi pasal apa isu-isu yang menjadi masalah tak boleh tolong bantu selesaikan seperti itu air dulu.
“Dia tak mainkan peranan itu dengan sebaik mungkin untuk ekonomi negeri Selangor,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment