Monday, 10 March 2014


Demontrasi jalanan di Dataran Merdeka semalam, Ahad, bagi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mendapat sambutan.

Menurut postmetro.net, ketika rakyat Malaysia dilanda kesedihan dengan kehilangan kapal terbang milik MAS #MH370, segelintir penyokong Anwar berdemonstrasi membela Ketua Umum PKR, namun cubaan itu tidak berjaya.

“Tetapi hajat mereka tidak kesampaian kerana tidak ramai yang menyambut seruan untuk berdemo pada hari cuti ini, mungkin kerana ramai yang masih terikat dengan berita kesedihan yang sedang melanda negara ketika ini, atau mungkin pendemo telah mula merasakan kerja sia sia mereka selama ini, atau mereka juga sudah bosan dengan tingkah laku ‘ketua’ hebat mereka yang bertaraf dunia itu.

“Tinjauan di sekitar 1 kilometer di sekitar kawasan Dataran Merdeka, tidak kelihatan mereka mereka yang disuruh datang dengan berpakaian hitam walaupun di dalam kelompok yang kecil, tidak saperti zaman reformasi dahulu. Mungkin sedikit kesedaran telah pun ujud didalam diri mereka mereka yang mengikut untuk sekadar bersuka suka dan bukan faham dengan apa yang mereka lakukan, almaklumlah jiwa muda.

“Di kawasan kesukaan para pendemo saperti di hadapan Kompleks SOGO juga tidak kelihatan kelompok manusia yang berbaju hitam yang di tanda sebagai ‘ahli’ mereka yang akan merosakkan kehidupan dan menggangu aktiviti orang lain di kawasan itu, peniaga, pemandu teksi, penghibur jalanan termasuk pengunjung komplek SOGO sendiri,”lapor portal itu.

Sebelum ini, Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) menasihati Anwar agar tidak mengulangi skrip reformasi 1998 kerana keadaan sekarang dengan 15 tahun silam adalah dua suasana yang berbeza.

“Kepada Anwar beliau kena terima suratan yang telah ditetapkan terhadapnya. Berani mencincang bahu hendaklah sanggup memikul.

“Cuma saya nak sebut kali ini, pemenjaraan Anwar tidak akan mencetus riak dan gelombang seperti tahun 1998 dulu.

“Rakyat sudah letih dan rakyat mahu kepada game yang berlainan pula,”katanya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment