Friday, 7 March 2014



Sebab utama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kerana sifatnya mendahului Tuhan, kata Datuk Seri Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Misalnya dalam kes 16 September kata Fairus perkara itu tidak berlaku kerana Anwar dengan angkuh mendahului Tuhan.
“Bila makhluk mendahului khaliq, penciptanya, maka yang akan berlaku adalah kerosakan dan juga bala yang diturunkan. Tidak berlaku
“Sebab itu alim ulama menasihati ketika itu lagi, alim ulama menasihati Anwar, jangan terlalu sibuk sangat 16 September ni, benda ni masa depan belum tahu ketika itu. Jangan dibicara, jalan, kalau berlaku Alhamdulillah, buat dengan elok tapi jika tidak berlaku kerana Anwar angkuh dan takbur dan semuanya rosak,”katanya.
Ikuti wawancara penuh Fairuz dengan isuterkini.my

Pandangan Datuk berhubung status percakaran antara Pas, DAP dan PKR di Selangor menjelang PRK Kajang ?

Berantakannya semakin hebat, sekarang pun sudah semakin dahsyat, ribut taufannya di dalam ini . Maklumat yang saya dapat secara sulit, dalaman Pas, PKR atau DAP, semakin ramai sebenarnya yang hilang keyakinan kepada Anwar.
Sebenarnya sebelum diputuskan Anwar untuk bertanding, ramai orang dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri yang saya dapat maklumat tidak suka dan tidak setuju untuk mengadakan PRK ini kerana mereka melihat ini sebagai satu pencabulan…hak asasi manusia dan rakyat telah memilih PRU lepas. Itu juga disuarakan oleh BERSIH yang tidak bersih itu. Menyuarakan PRK ini perlanggaran terhadap hak seolah-olah Anwar boleh sesuka hati sahaja nak menurunkan sesiapa mengadakan semula pilihan raya kecil dan membazirkan duit tax payer money, itu bukan sikit bakal digunakan nanti dalam PRK ini.

Jadi, semua ini menggambarkan bahawa sentimen dalaman itu semakin dahsyat. Yang amat jelas saya ketahui dan dalam Pas itu sendiri sekarang ini telah ada dua kumpulan. Satu kumpulan yang dikatakan Erdogan, kumpulan yang mendokong Anwar, yang mengkagumi Anwar. Satu lagi kumpulan yang sifatnya agak tradisional, kerana ulamaknya yang ramai. Kumpulan ini, ulamak ini majoriti menolak Anwar dan menolak cara gaya PR ditadbir sekarang ini yang memperlihatkan Islam rugi di banyak sudut. Isu kalimah Allah, isu JAIS, isu di Selangor, soal Syiah dan sebagainya…banyak..banyak dan saya yakin Pas sendiri berhadapan dengan dilema yang tidak mudah. Cuma yang malangnya kerana pemimpin-pemimpin Erdogan itu menang pula dalam muktamar yang sebelum ini.

Saya mengatakan kepada rakan-rakan tertentu yang menjalankan gerakan, saya kata, “Ini apa jadi pada Pas?” Mana izzah, mana kehebatan hasil tangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dulu yang kita melihat sepanjang zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor memimpin Pas, Pas masih mempunyai maruah, masih tahu beda antara politik-politik murahan dan perjuangan mempertahankan Islam dan Melayu. So, di saat itu perbincangan, dialog dengan UMNO masih tidak mempunyai masalah kerana Ustaz Fadzil punya kejelasan visi perjuangan.

Tapi malangnya yang mewarisi kepimpinan sekarang ini. Dalam Pas, minta maaf saya cakap, tidak ada lagi pemimpin yang benar-benar mampu membawa panji-panji Islam syumul. Justeru itu, amat sesuailah Pas sekarang ini parti ajaran sesat, banyak sangat kesesatan. Mengetahui kefasadan yang ada masih lagi taat setia berada di dalam pakatan haram itu. Seharusnya dengan segala ilmu para ulama yang ada di dalam itu, sekiranya layak digelar ulama puak-puak yang ada di dalam Pas ini, saya tidak setuju sangat mereka ini digelar ulama hanya satu dua orang sahaja yang layak digelar ulama, yang lain mungkin ular dalam semak.

Jadi, dengan segala ilmu yang ada, seharusnya mereka tahu kewajipan untuk mufarakah, untuk keluar dari keadaan sekarang. Isu besar kalimah Allah, isu besar Syiah, isu tentang wahabism, isu tentang liberalisme, isu tentang pluralisme…ini yang amat central dengan Islam, mengapa masih dikompromi?

Termasuk PRK Kajang, di peringkat awalnya Dewan Pemudanya membantah. Oh hebat di peringkat awal kita lihat bantahan. Kita dah jangka bantahan itu sifatnya hangat-hangat tahi ayam saja. Tak lama pun, tak sampai seminggu pun. Selepas dipanggil rapat umum secara khusus sulit antara pimpinan Pakatan Rakyat, the next day Pas keluar kenyataan menyokong, berhenti setakat itu. Kita tak boleh harap Pas ini sebenarnya.

Sanggupkah Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sedangkan Khalid suatu ketika dahulu, antara individu paling disayangi?

Sebenarnya, sejak 2008 Anwar telah memberi signal untuk Khalid turun, sejak 2008. Saya antara diberi mandat ketika itu berbincang dengan Azmin Ali. Persiapkan Azmin untuk naik menggantikan Khalid. Tapi sayang, ketika 2008 Azmin masih lagi..err manusia ni manusia pandai bercakap saja, rupanya bacul pun. Tak berani pun lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Ketika itu, bila kita bertanya kepada Azmin, “Are you ready?”, dia masih lagi ooo..bermain tarik tali dan akhirnya kita membuang masa. Cuma nak disebutkan memang sejak itu lagi Anwar rasa tidak puashati dengan performance politik Khalid.

Khalid dilihat sebagai orang yang bijak mengatur kewangan tetapi langsung tidak punya cutting dan tidak punya kemahiran berpolitik dan tidak punya kemahiran mengatur selia sebuah pemerintahan, yang of course di dalamnya elemen pentingnya adalah politik untuk dijaga. Partinya, sentimen ahli partinya, membangunkan kekuatan partinya, menjaga balance of power antara parti-parti komponennya..ini tidak dipunyai oleh Khalid. Khalid tidak punya the political equipment untuk perkara yang benar-benar central ini untuk menjaga kelangsungan parti itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Tan Sri Khalid bijak dalam bidang ekonomi tetapi gagal menyelesaikan isu politik di Selangor. Komen Datuk ?

Ya, dari sudut itu memang ..Rafizi ini pun, datang kemudian ketika keadaan sudah senang. Waktu susah tak nampak batang hidung pun membela perjuangan reform dan gerakan kebangkitan rakyat. Orang begini bunyi selepas perang, bila mula menghitung kira ‘ghanimah’ (harta rampasan perang), mereka mula wujudlah.

Tapi orang-orang begini bagi saya akan hanya merosakkan Anwar sebab itu saya lihat strategi makin lama semakin tidak punya lagi sentuhan keemasan, sudah hilang itu dan kerana roh perjuangan itu sudah tidak ada.

Cuma bacaan tadi memang betul, bacaan itu mengatakan bahawa Khalid ini tidak punya equipment dari segi politik dan pentadbiran. Hanya punya kelebihan dari sudut kewangan. Itu tidak dapat dinafikan dari sudut kemahiran kewangan yang ada pada Khalid itu tidak dinafikan.

Tapi kalau kita lihat dalam konteks Selangor sekarang, saya pun mengkaji. Kemahiran kewangan dia di mana? Caranya begitu mudah, disimpan semua aset supaya boleh meningkatkan rizab negeri Selangor. Kalau itulah saja kemahiran kewangannya, saya kira sesiapa pun boleh lakukan. Kita mahu lebih baik daripada kaedah itu. Kita bertanya, bagaimana rizab Baitulmal di Selangor? Bagaimana Majlis Agama Islam di Selangor, adakah semakin bermaruah atau tidak? Yang kelihatannya semakin hilang maruah. JAIS ditekan hebat. Gereja paling besar antaranya di Asia dibina di Puchong. Itu maruah apa itu?

Jadi, kalau inilah yang berlaku, kemahiran kewangan yang kononnya dikatakan pada Khalid itu pun akhirnya boleh kita pertikaikan. Apakah kemahiran pemerintahan dan kemahiran mengurus itu tidak boleh digunakan untuk memperkasa Baitulmal, institusi penting kewangan dalam Islam yang harus menjadi teras penting. Tidak cukup hanya sekadar laporan-laporan enteng-entengan begitu sahaja kalau tidak dibuktikan dengan pemerkasaan terhadap institusi Islam yang sewajarnya dibangunkan.

Jika Datuk Seri Anwar memenangi PRK Kajang, beliau bakal menyandang dua jawatan sekaligus, ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Kongsikan pandangan Datuk sebagai bekas wakil rakyat ?

Kedua-dua tempat ini akan rosak dan lebih jahanam dikerjakan Anwar. Kalau nak sebutkan Anwar nak bela, saya nak kata pada Anwar, “Hei brader Anwar, you nak bela apa?”.

Masa saya jadi Timbalan Ketua Menteri, di Pulau Pinang ada satu tempat bernama Kampung Telok Wang. Ini adalah fakta. Sebab itu, saya berani berdepan dengan Pakatan Rakyat anytime, anywhere. Saya cabar mereka.

Anwar lama menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, kuasanya begitu mutlak pada ketika itu. Mengapa pada tahun 2008, ketika saya Timbalan Ketua Menteri dan ADUN Penanti, ketika saya menziarahi Kampung Telok Wang untuk beri bantuan fakir miskin di situ, tiba-tiba saya dibawa ke satu tempat kerana pada awal ceritanya saya melihat seorang kanak-kanak kecil yang tangannya banyak berkudis.

Jadi, saya tanya kenapa begini keadaannya. Jadi, anak ini tak bercakap banyak, terus bawa saya kepada keluarganya, ke rumahnya. Rumahnya agak daif dan ayahnya pun, saya bertanya, kenapa anak jadi macam ni banyak kudis ni, pasal apa kan. Ayahnya tak bercakap banyak, terus bawa saya ke belakang rumah, dia tunjukkan perigi buta. Rupanya rumah itu, keluarga ini telah lama bergantung sumber bekalan air kepada perigi buta yang tidak bersih itu. Kampung Telok Wang rupanya ada lebih 15 buah rumah yang tidak ada bekalan air bersih, tidak ada paip air, bayangkan.

Saya tidak boleh terima hakikat itu. How can I accept these, dikatakan Penang kononnya kawasan industri dan sebagainya, bagaimana rakyat yang airnya pun tak ada. Saya melihat dengan mata kepala dan saya panggil Penang Bekalan Air (PBA). Pegawai itu masih ada sebagai saksi. Panggil mereka, I cannot tolerate this, saya beri arahanwithin 7 days, sebelum 7 hari saya nak semua rumah-rumah ini mesti ada air. Saya tidak kira apa sahaja masalah, kita mesti.. Langkawi, semua masalah yang penting bekalan air mesti sampai. Itu dah cukup, tak sampai 7 hari dalam masa 5 hingga 6 hari semua boleh masuk.

Dan saya tanya Anwar, “What happen?” dan saya tanya sekarang, saya ulang kalau dia tengok video ini, “Anwar Ibrahim apa berlaku pada Permatang Pauh?”. You lama Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tapi di Kampung Telok Wang ada rumah yang tidak ada bekalan air dan ketika itu bila saya bertanya pada Anwar, “Kenapa jadi begini?”. Anwar berbisik pada saya tidak mahu cakap kuat-kuat takut orang dengar nanti orang kata saya bla..bla..”I overlook”. Saya kata pada Anwar, “How you can overlook?”. “How you can overlook such the importantsebagai wakil rakyat menjaga kebajikan rakyat.” Dan itu sebagai hakikat yang berlaku di depan mata.

Bagaimana nak bela Kajang kalau Permatang Pauh yang dakwa lahir di sana di Cheruk Tok Kun, jadi Ahli Parlimen sekian lama, sampai saat ini pun masih ada nasib rakyat tidak dibela. Itu dalam konteks Kampung Telok Wang, bagaimana pula dengan Permatang Pauh?

Sejak saya lahir sehingga sekarang, saya melihat Permatang Pauh begitulah keadaannya, tidak ada pembangunan yang wajar dilakukan, Anwar telah lama Ahli Parlimen, mengapa tidak dibangunkan juga Permatang Pauh. Penanti, Permatang Pasir dan juga Seberang Jaya sebab Seberang Jaya agak develop, BN, UMNO very good development. What happen Permatang Pasir dan Penanti. Begitulah keadaan sekian lama sampai saat ini tidak ada konkrit development baru dan ada satu dua usaha-usaha kononnya dibuat akhirnya sekerat jalan, tak habis dan Anwar apa yang menjadi trademark yang boleh Anwar banggakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak sekian lama di situ, nothing, zero. Yang ada dibangunkan yayasan dia sendiri, Yayasan Aman di Penanti, itu sajalah yang ada untuk diri dia sendiri, yang lain untuk rakyat mana?

Masa saya jadi Timbalan Ketua Menteri, saya mencadangkan untuk dibangunkan kolej Islam Penanti, itu pun tidak dipersetujui oleh mereka. Saya mencadangkan untuk dibangunkan halal hub di Seberang Prai untuk menjadi centre, kita pilih kawasannya yang strategik di tengah-tengah masuk Penanti sedikit, mereka tidak pernah ambil pusing.

Kita cadangkan beri dokumen setebal ini, dokumen pembangunan umat Islam Pulau Pinang yang kita nak buat dengan menggunakan pendekatan LFA (Logical Framework Approach), analisis yang cukup saintifik untuk dijadikan satu langkah baru membangunkan umat Islam. Tidak dipedulikan mereka dan Anwar hanya mencampak dokumen itu dan dia kata, ini tak berapa penting yang penting adalah 16 September. Tak berlaku pun, kerana apa tak berlaku? Sebab isu 16 September ini Anwar telah mendahului Tuhan. Bila makhluk mendahului khaliq, penciptanya, maka yang akan berlaku adalah kerosakan dan juga bala yang diturunkan. Tidak berlaku.

Sebab itu alim ulama menasihati ketika itu lagi, alim ulama menasihati Anwar, jangan terlalu sibuk sangat 16 September ni, benda ni masa depan belum tahu ketika itu. Jangan dibicara, jalan, kalau berlaku Alhamdulillah, buat dengan elok tapi jika tidak berlaku kerana Anwar angkuh dan takbur dan semuanya rosak.

Sebab itu, saya nak sebut episod bila Anwar gagal ini..Gagal Anwar kerana keangkuhan diri. Dan keangkuhan ini bukan baru berputik, telah lama. Sejak dalam UMNO keangkuhan itu mula makin dahsyat. Sebab itu kebiadaban sehingga mencabar Tun Dr. Mahathir, menghina pemimpin-pemimpin lain, menghina Tun Sankara Dan dalam episod Sabah, saya ingat semua itu dan menghina rakan-rakan ABIM dulunya. Rakan-rakan ABIM ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, tidak pernah boleh menemui beliau dengan mudah. Ditutup jalannya, disukarnya, banyak perkara yang Anwar khianati.

Dan sekarang dengan dokongan Barat yang begitu kuat kepada beliau sekarang ini terutama kalangan tertentu yang berkepentingan Yahudi, jadi Anwar menjadi semakin kaduk naik junjung. Sebab itu beliau tidak lagi perhitungkan kelangsungan bangsa, maruah agama, tidak mengerti semua itu dan beliau dengan mudah mengisytiharkan nak menghapuskan ketuanan Melayu. Ini kebiadaban yang kita tidak akan sama sekali izinkan.

Anwar dilihat bijak memanipulasi situasi untuk mencapai matlamat peribadi. Apa pandangan Datuk ?

Ada beberapa pembacaan, mungkin rakyat keliru tetapi Anwar tidak pernah keliru. Sesumpah ini sentiasa yakin dengan jalannya. Itulah cirinya al ghojo iblis. Iblis, kita perlu ingat sejarah. Sekiranya kita sorot kembali sejarah bagaimana iblis dilaknati Allah. Kenapa iblis laknatullah itu dilaknati? Kerana penderhakaan iblis bukan dilakukan dalam keadaan iblis tidak mengetahui, tidak. Iblis menderhakai Allah s.w.t dalam keadaan penuh sedar, ditambah keangkuhan yang terang nyata. Iblis mengatakan, mengapa aku perlu sujud tanda hormat kepada Adam yang diciptakan daripada tanah sedangkan aku diciptakan daripada api yang lebih mulia. Ketika iblis melihat jasad Nabi Adam, dia melihat jasad manusia ini tidak dinamik sifatnya seperti ciptaan iblis daripada api yang boleh meresap masuk dalam pelbagai dimensi dan justeru itu iblis menjadi terangkuh walaupun iblis tahu Rabbnya, Tuhannya yang Maha Agung tetapi masih lagi memilih dengan penuh sedar untuk derhaka. Justeru itu, dilaknati iblis, Abadan, Abadan.

Maka, episodnya lebih kurang sama dengan manusia ini kerana dia mengetahui bahawa dalam konteks yang contohnya bertanyakan saya tadi, negeri Selangor contohnya. Anwar tahu perundangan mengatakan anak kelahiran Selangor, syarat untuk menjadi Menteri Besar. Itu jelas termaktub. Dan Anwar tahu, kalau beliaulah mahu menjadi Menteri Besar, maknanya beliau perlu “berperang” dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Apabila melibatkan mempersiapkan rakyat menyanggah Sultan, itu saya sebutkan tadi. Ini episod penderhakaan yang baru, yang amat biadab dalam sejarah zaman. Jebat dalam sejarah bangsa, kalau nak dikata derhaka pun, bukan kerana dengan sengaja menderhakai Sultan, tidak. Malah, dalam sejarah yang sebenarnya Jebat membela Hang Tuah. Jebat hanya nak mengangkat bahawa betapa bahayanya, betapa rosaknya Patih Karma Wijaya dan Laksamana Hang Tuah tidak bersalah, menjadi mangsa. Dan Jebat lakukan pembelaan terhadap saudaranya. Jebat sebenar dalam sejarah yang betul, Jebat sama sekali tidak menderhakai Sultan. Jebat hanya melakukan pembelaan dan pembelaan itu pun dalam kadaran yang wajar. Jebat sama sekali tidak membunuh rakyat jelata. Yang dikatakan kononnya Jebat membunuh rakyat Melaka, Jebat hanya mempertahankan dirinya ketika nak menuju ke rumah Laksamana Hang Tuah, bukan nak membunuh, nak mempertahankan diri. Sebab apa ke rumah Hang Tuah kerana nak memaklumkan kepada Hang Tuah kerana dalam perkahwinan Jebat secara tersembunyi, Jebat mempunyai anak yang halal. Dimaklumkan kepada Hang Tuah sekiranya anak itu lahir, dia tolong pelihara.

Itu..beda dengan manusia ini. Manusia ini dengan sengaja mempersiapkan rakyat sekarang ini, sentimen yang dibakar sekarang ini. Sentimen yang dipersiapkan untuk sama ada dua perkara. Sama ada beliau menang menjadi ADUN di Kajang dan mungkin membantu menaikkan Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor ataupun dia sendiri menjadi Menteri Besar.

Nampak gayanya seperti Anwar sendiri yang mahu menjadi Menteri Besar Selangor kerana apa? Kalau tanya saya, jawapannya mudah. Umurnya sekarang sudah 68 tahun. Kalau beliau mahu tunggu PRU ke 14 yang empat tahun Insyaallah nanti, berapa umurnya? 68 sekarang, lagi empat tahun, sudah 70 lebih, 72 tahun. Di umur demikian, tidak lagi strategik untuk menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia yang efektif dengan keadaan yang kesihatan dia yang sekarang ini sudah mula bermasalah dengan segala macam hal yang ada. Ketika itu tidak lagi punya taring yang selayaknya untuk beliau gunakan menjalankan segala misinya yang apa pun beliau nak laksanakan. Justeru, desperation, boleh juga kita katakan beliau desperado politik.

Desperation ini mendatangkan idea-idea gila untuk menyegerakan beliau. Ya..at last beliau mungkin terpaksa compromise, asalkan okay. Kalau tak boleh jadi Perdana Menteri, at least aku dah jadi Menteri Besar Selangor. Jadi ada kuasa dalam negeri untuk mengatur. Selangor adalah negeri yang terkaya, asetnya banyak untuk diatur. Mungkin dengan menjadi Menteri Besar Selangor itu, beliau akan mengatur pula kerja-kerja iblisnya untuk menyegerakan beliau ke Putrajaya. Entah apa lagi yang bakal diatur, itu barangkali berlaku. Dan selepas ini, ini bacaan saya, selepas ini bersiap untuk PRK DUN Penanti, bulan 3 (Mac) Inysaallah.

Pesanan Datuk kepada mereka yang taksub kepada Anwar Ibrahim ?

Anwar seorang manusia yang menghalalkan segalanya demi kepentingan diri. Kalau saya ulang sekali lagi pendirian saya yang awal tadi. Jika nama Allah, soal akidah pun digadaikan Anwar, perkara paling tinggi dalam akidah Islamiyyah pun digadaikan Anwar, ketuanan bangsa pun digadaikan Anwar, maruah negara dijual di merata dunia dengan amat murah dan dihina negara, apa lagi yang perlu diikuti manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Jika, sekiranya orang ini memimpin negara, maka yang apa akan berlaku pada anak cucu masa depan ialah segala nilai-nilai moral, segala nilai agama, semuanya akan menjadi liberal, akan semuanya menjadi rosak. Yang wujud adalah masyarakat baru yang segalanya bebas, tidak punya nilai moral, tidak punya nilai akhlak, tidak punya lagi sandaran ketimuran yang selama ini kita pertahankan dan yang paling malang akan bersinarlah, akan hilanglah kedaulatan Islam di bumi bernama Malaysia ini.

Justeru itu, saya meminta pada semua rakyat Malaysia, terutama rakan-rakan yang masih lagi mengkagumi Anwar. Manusia ini adalah iblis bertopengkan manusia. Jangan mudah terpedaya, jangan sampai membela Anwar hingga mengadai agama. Jangan sampai membela Anwar hingga mengkhianati bangsa. Jangan sampai membela Anwar sehingga kalian nanti di kuburan kalian akan dihina anak cucu masa depan kerana kalian mempertahankan manusia yang menghancurkan Islam, yang menghancurkan bangsa Melayu, yang menghancurkan negara berdaulat bernama Malaysia yang telah dipertahankan oleh datuk nenek kita dahulu dengan airmata dan darah.

Oleh yang demikian saya menyeru, supaya rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang masih bersama dengan Anwar, mufarakalah selagi masih ada masa. Kembali kepada Allah, kembali kepada kebenaran Islam, kembali kepada kekuatan maruah bangsa Melayu dan kembali kita bina selamatkan negara ini daripada manusia bernama Anwar dan daripada DAP yang kita tahu sifat sebenarnya anti Islam, anti Melayu. Dan selamatkan Malaysia daripada parti ajaran sesat, Pas, yang menggunakan agama sebagai alat murahan mereka dan akhirnya kita mahu membangunkan negara yang menjadi warisan masa depan yang Islamnya utuh gemilang di bumi berdaulat, yang Melayunya dijulang sebagai bangsa yang punya maruah, yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pesaing-pesaing dunia yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment