Friday, 21 March 2014

Meskipun PAS berkongsi kemenangan yang sama banyak dengan DAP dengan memperolehi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun layanan terhadap parti itu dibuat secara tidak adil dalam soal pembahagian jawatan dalam PBT (Pihak Berkuasa Tempatan).

“Ini tidak adil….,” kata laman sosial pro ulama, ‘Kami Bersama Ulama Muda Haraki‘ dengan merujuk kepada satu poster tentang pembahagian jawatan tersebut.

Dalam poster itu tertulis satu persoalan; “Kenapa PAS mendapat kerusi yang terendah dalam PBT, sedangkan kerusi DUN, PAS lebih tinggi dari PKR ??.”

Poster itu turut membandingkan jumlah kerusi DUN yang dimenangi parti kompenan Pakatan Rakyat (PR) dengan jumlah ahli PBT yang dilantik bagi tahun 2014-2015.

PAS yang menang 15 kerusi DUN, hanya dilantik 65 ahli PBT, berbanding dengan PKR yang menang 14 kerusi DUN, ahli PBT yang dilantik adalah seramai 78 orang.

Manakala, DAP yang juga menang 15 kerusi DUN, mendapat habuan terbanyak, apabila 83 ahli dilantik dalam PBT.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment