Tuesday, 8 April 2014


Suasana di Tropicana kebelakangan ini cukup meriah. Jual beli. Bargaining. Semuanya sedang berlaku di bawah hidung PKR HQ. Sebagai Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution dikatakan sebagai calon Timbalan Presiden paling prolifik setakat ini.


Data parti dan perwakilan di tangannya. Data semua ranting/cabang kesemuanya di dalam simpanan Saifuddin. Yang dicetak untuk difailkan di PKR HQ itu satu copy. Yang dicetak untuk kegunaan Izzah dan Rafizi diletakkan di tempat lain. War Room SRI Jangan ingat UMNO sahaja ada war room.

 War Room Team SRI (Saifuddin, Rafizi, Izzah) juga sedang dilengkapkan dengan peralatan yang super canggih. Katanya, usaha sedang disusun untuk menggunakan Google+ dan Skype sebagai alat untuk berkempen. Hebat gerakan ini. Dikhabarkan bahawa TEAM SRI ini adalah team yang paling mendapat persetujuan di antara dua orang Calon Presiden PKR.


Ini dikatakan sebagai TEAM KOMPROMI – yang memihak kepada Keluarga Pertama Segambut. Masing-masing perlu KORBANKAN seorang. Anwar korban Azmin. Wan Azizah korban Khalid Ibrahim. Fair and square. Namun usaha perlu dibuat untuk memastikan TEAM SRI ini menang besar dan mendapat mandat yang sangat kuat. Kalau ikut perancangan, Rafizi akan tampil sebagai NAIB PRESIDEN paling tinggi.


Diikuti oleh Izzah. No 3 tidak penting. Semua ini akan hanya boleh direalisasikan dengan bajet yang mencukupi. Bajet awal RM800k akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Dengan bajet keseluruhan sekitar RM2.5 juta. Rafizi sanggup keluar belanja sendiri sebanyak 500k bagi memastikan dia menang no 1 dalam VP PKR. Confirm menang. - GA

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment