Monday, 14 April 2014



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku beliau tidak 100 peratus mendengar cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri.
Calon Timbalan Presiden PKR itu tidak menerima sebarang cadangan Ketua Pembangkang itu bulat-bulat.

“Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima da nada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima.

“Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100 peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar,” ujarnya pada Program Kasih Bertaut di rumah Pangsa Sri Gemilang, Mergong, Alor Setar di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid, pertimbangan itu bagaimanapun bukan satu kebiadapan tetapi menunjukkannya seorang pemimpin yang boleh

“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja.
“Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita mesti ada keseimbangan untuk mentadbir,” tegas Khalid.

Dalam pada itu beliau tidak kisah sama ada Anwar atau isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden parti kerana beliau boleh bekerja dengan kedua-duanya.
Cuma, katanya, hasratnya mencuba nasib menjadi pemimpin nombor dua parti semata-mata mahu menyumbang pengalamannya ke dalam

“Siapa saja jadi Presiden PKR, saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik.

“Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya yang turut melawat ke Kulim, Kedah hari ini.--MalaysiaGazette


*Penulis rasakan sebab utama Khalid tak berapa ambil kisah dengan nasihat Anwar sebab nilainya hanya RM1..sebab itulah tak perlu diambil kira sangat..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment