Friday, 30 May 2014


Dalam perjalanan balik dari Teluk Intan kelmarin Anwar mengakui kepada
beberapa orang kepimpinan PKR bahawa DAP ambil tindakan silap kerana
letak Dyana di Teluk Intan. Anwar tak fikir pengundi Teluk Intan sedia
menerima seorang yang terlalu baru untuk mewakili mereka.

Anwar juga salahkan jentera pemilihan DAP yang tidak cukup details
melihat siapa Dyana dan keluarga sebelum ini.

Anwar sendiri kenal lama Kak Yammy. Kenal. Tak rapat. Tapi tahu
mentaliti penting diri dan tamak kak Yammy. Ini semua jadi penyakit.
Anwar akui pandangan Izzah bahawa Dyana ini tidak ada substance.
Kegemaran DAP untuk menggunakan formula muda tanpa pengalaman ini ada
kalanya makan diri.

Anwar turut menganggap Dyana sesuai diletakkan di Pulau Pinang atau
Kuala Lumpur, bukan di Teluk Intan.

Malahan Anwar kata, dia sedia swap kerusi Setiawangsa dengan DAP
sekiranya bersedia nak letakkan Dyana sebagai calon PRU14. Kekalahan
PKR di Setiawangsa hanya disebabkan calon yang tidak kuat. Tetapi jika
Dyana diletakkan di kawasan urban, Anwar yakin calon itu mampu menang
dengan lebih baik.

DAP ambil Setiawangsa dan PKR akan ambil alih Teluk Intan untuk PRU14?
Masa masih banyak dan panjang. Boleh bincang kemudian.
Cumanya, Dyana untuk kerusi kampung seperti Teluk Intan adalah
percaturan yang silap.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment