Thursday, 1 May 2014

Calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan ketegasan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) seolah-olah menyindir kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan organisasi pemilihan yang dibentuk parti itu untuk pemilihan 2014.

“PKR dan Pakatan Rakyat kecewa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) parti kerana tidak telus dalam pilihan raya. Jadi, JPP kena buat kajian dengan betul,” kata Khalid di Bangunan SUK di Shah Alam, Rabu, dilaporkan Mstar.

Khalid merujuk kepada dakwaan isu manipulasi undi yang didakwa oleh Badrul Hisham Shaharin (CheguBard) yang mendesak pencalonan Mohamed Azmin Ali daripada bertanding Timbalan Presiden dibatalkan kerana dikaitkan dengan dakwaan berlaku ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak.

Pada 29 April, Anwar dilaporkan FMT berkata JPP entiti bebas yang tidak terikat dengan parti, tidak sama seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya meletak kepercayaan penuh kepada JPP kerana kita tidak bertolak ansur…kita tidak sama dgn Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya sambil tertawa.

Mengulas mengenai tuduhan berlakunya manipulasi undi di Batang Sadong yang dikatakan melibatkan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Anwar berkata ianya sedang dalam siasatan JPP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul.
Walaupun Anwar cuba menggambarkan JPP tidak terikat dengan arahan parti, namun jawapan Ketua Umum PKR itu membuktikan sebaliknya.

“JPP dalam memberikan penjelasan kepada saya…arahan kita sebaik ada elemen kecuaian dan penipuan siasat segera, batal atau tangguh (pemilihan).
“Jangan tolak ansur sama sekali. Tidak kira siapa calon yang menang.

“Johari dan Malek Husin sendiri turun di Sarawak melihat apa yang terjadi,” katanya lagi.
Agendadaily agak sinikal sejauh manakah keberanian JPP atau Anwar bertindak ke atas Azmin.
“Berdasarkan sejarah lampau, ketika pemilihan PKR 2010, Azmin yang menang jawatan Timbalan Presiden juga dikaitkan dengan kontroversi dalam pemilihan apabila keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara ‘kesalahan manusia’.

“Keputusan laman web itu menyiarkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051), manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

“Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid.

“Kesilapan keputusan tesebut dikatakan berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut.
“Namun, sejauh mana Anwar akan berpegang kepada kenyataan beliau ini memandangkan isu kontroversi pada tahun 2010 bagi pemilihan parti itu juga gagal diselesaikan secara bermoral dan mematuhi perlembagaan parti,” ulas portal itu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment