Wednesday, 7 May 2014


Selaku pemerhati bebas pemilihan PKR 2014 yang berlansung
di Nibong Tebal, banyak kesalahan ketara yang
dilakukan oleh pengawas yang dilantik Jawatankuasa
Pemilihan Pusat (JPP).

Saya sampai ke dewan serbaguna di Nibong Tebal yang
digunakan untuk pengundian kira-kira 3 petang selepas
pemantauan di Balik Pulau. Ketika ini masih ramai yang belum
mengundi. Keadaan tempat mengundi tidak menepati piawaian
pengundian dan dalam keadaan tidak teratur.

Kesalahan terbesar pengawas adalah, tidak meminta kad pengenalan
untuk disemak dan dipotong nama. Pengawas hanya menanyakan umur
lalu diberi kertas undi. Saya membuat penyiasatan lebih terperinci
dengan mengambil kertas undi dan mengundi. Ternyata saya yang bukan ahli parti
PKR juga memperoleh kertas undi dan berjaya mengundi. Jadi seperti kita lihat,
banyak kertas undi dikeluarkan dan tidak sama bilangan dengan yang
dipotong nama.

Kesalahan kedua adalah membenarkan peraih undi berada berdekatan
ketika pengundi dapat kertas undi. Dan peraih undi menukar “cai” yang
dibawa pengundi dihadapan pengawas bertugas. Pengundi juga ada yang
dilihat mengundi beberapa kali.

Saya mengharapkan Pengerusi JPP , Dato Johari mengambil tindakan tegas terhadap
pengawas bertugas kerana kelalaian ketika pengundian berlansung.
Rombakan keseluruhan dalam JPP juga perlu dilakukan demi menjaga
kredibiliti JPP sebagai badan bebas. Jika di Nibong Tebal yang
bertanding 3 penjuru juga boleh berlaku penipuan, maka ianya tidak
mustahil berlaku di mana-mana kawasan sebelum ini. Oleh itu demi
menjaga kredibiliti JPP, pengundian semula seluruh Malaysia harus
dilakukan dan penukaran semua jawatankuasa JPP.

Saya percaya Dato Johari akan mengambil tindakan demi ketelusan dan
kredibiliti JPP yang bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.
Dan ini membezakan JPP dengan SPR yang tidak memperbaiki kesalahan dan
kerosakan sistem itu sendiri.

Muhammad Akram Ahmar

Pemerhati Bebas Pemilihan PKR 2014

——————————————————-

Ini baru Nibong Tebal. Cabang lain belum cerita lagi. Macam-macam
kaedah penipuan sedang dilaksanakan. Berapa ramai puak yang terlibat.
Ini semua kerja gila.

Sampaikan ada yang cakap, PKR ini tak perlu buat pemilihan pun. Suruh
Anwar bagi sahaja list pasukan impian yang dia nak, dari atas sampai
bawah, lepas tu endorse sahaja. Lebih mudah.

Kata kawan baik itu lagi, bukan setakat penipuan jenis ini. Derma
kilat dan pemberian macam-macam insentif pengundian juga sedang
dilakukan di mana-mana. Stesen Petronas (dalam tandas) yang sebelum
ini jadi tempat budak Melayu buat doggie pun sudah dijadikan port
memberikan duit dan insentif lain.

Minggu hadapan, Cabang Gombak buat pemilihan. Dah berapa malam, berapa
banyak port yang hidup dan dijadikan tempat memberikan wang. Di
Craven, Bukit Antarabangsa. Sakura Kristal, Taman Melawati. Mesyuarat
setiap petang di restoran Chef Zubir pun semua orang tahu. Paling
hina, bila datang ambil duit di kawasan masjid di Taman Melawati. Ini
rasuah yang Islamik.

Penyakit yang ada dalam PKR ini saling tak tumpah seperti yang berlaku
di dalam UMNO. Zaman Jamaluddin Jarjis rasuah orang dengan matawang
Euro dan USD. -Gelagat Anwar

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment