Monday, 23 June 2014

B log ini secara kebetulan berada di Parlimen petang semalam. Ada pertemuan dengan seorang YB PKR yang sudah sekian lama dirancang. Lama juga berborak.

Ahli Parlimen PKR yang blog ini jumpa, menyatakan bahawa hari ini tidak perlu datang ke Parlimen pun sebenarnya, kerana sudah tahu apa yang akan terjadi. Pada asalnya, kita pun tak faham apa yang dimaksudkan.

Kemudian, YB tersebut menjelaskan bahawa YB Padang Serai akan sekali lagi meminta agar dirinya digantung dari Parlimen buat kali ke-2. Strategi Gantung 2.0 ini memang dirancang oleh Pembangkang. Bagi memberikan Surendran cukup masa untuk tumpukan kepada isu-isu lain yang perlu diberikan perhatian oleh parti.

Apabila ditanya sampai bila Surendran akan bermain dengan mandat rakyat? YB PKR itu sendiri mengakui bahawa dia tak faham dengan strategi Surendran dan PKR. Kepada YB tersebut, Surendran tidak sedikitpun membantu parti.

Surendran berulang kali mengatakan Parlimen Malaysia perlu bergerak seiring dengan apa yang dilakukan di Westminster. Terbuka. Ada ruang yang secukupnya untuk pembangkang. Boleh datang Parlimen dengan jeans koyak dan sebagainya.

Surendran kena tahu, sistem Westminster berumur ratusan tahu. Sejak kurun ke 13. Untuk memaksa Parlimen Malaysia mengikut sistem Westminster sepenuhnya, itu adalah satu demand yang melampau.

Secara keseluruhan, kalangan orang PKR sendiri muak dengan perangai Surendran. Mereka tak gemar dengan strategi bodoh yang sebenarnya merugikan masa dan menunjukkan YB PKR malas dan tidak bersungguh membantu rakyat.

SUMBER:GELAGAT ANWAR

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment