Sunday, 1 June 2014

Di negara yang mengamalkan demokrasi, walaupun lebih satu undi, ianya dikira menang.
Walaupun ada teori, Barisan Nasional (BN) melalui calonnya Datuk Mah Siew Keong merampas semula kerusi parlimen Teluk Intan dalam PRK, semalam dengan majoriti 238 undi.
Berbanding kalah dengan majoriti 7,313 undi pada PRU 13 lalu, kemenangan Mah membawa makna besar disebalik majoriti kecil yang diperolehinya setelah menewaskan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Apatah lagi, pada awalnya, presiden Gerakan itu dianggap calon kitar semula dengan rekod dua kali menang dan dua kali tewas pada pilihan raya sebelum ini.

Tentu ramai bertanya, siapakah yang memenangkan Mah pada pilihan raya kali ini?
Sabu LGE Dyana LKSUntuk mencari jawapannya, kenyataan Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sedikit sebanyak menghuraikan kenapa Mah menang dengan merujuk apa yang menyebabkan calon parti itu tewas.

Bercakap kepada pemberita di George Town, Lim berkata, peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca parti itu kalah dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan semalam.

Sebagai rekod peratusan sebenarnya 67.4 peratus termasuk jumlah pengundi awal.
Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata berdasarkan analisis awal parti itu, DAP kalah kerana tiga sebab, termasuklah kemerosotan jumlah pemilih yang mengundi.

“Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada pilihan raya umum lepas,” katanya.
Tiada rekod calon BN Mah Siew Keong amall perkauman atau abaikan orang Melayu dan kaum lain.-Foto bnbbc.my oleh Heikal Rosli
Mah sudah lama dikenali penduduk Teluk Intan Beliau berkata kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.Faktor lain tentunya menuduh permainan politik UMNO ketika berkempen yang menyebabkan kekalahan calon parti.

Lim mungkin mahu menuduh BN atau UMNO menggunakan taktik kotor tetapi malangnya dalam politik atau pilihan raya, tiada siapa boleh mendakwa parti mereka bersih.
Beliau juga harus melihat peningkatkan undi Melayu yang menyokong DAP sebanyak 3 peratus kepada 28 peratus.

Lim harus sedar, jika UMNO main kotor , tidak mugkin Dyana mendapat peningkatkan sokongan pengundi Melayu sedangkan calon parti itu bertegas menentang hudud.
Perkara lain peningkatan undi Melayu kerana Dyana sendiri adalah calon Melayu.
Apapun, DAP sepatutnya menerima hakikat mereka tewas kerana pengundi luar tidak pulang pada PRK kali ini.

Ini antara punca paling ketara selain hilang 15 peratus sokongan pengundi Cina yang menyokong DAP sebelum ini.

Faktor lain menyebabkan DAP tewas disebabkan peratusan sokongan kaum India juga merosot 10 peratus kepada 52 peratus sahaja.

Menariknya, selain menang, undi diperolehi BN meningkat daripada 20,086 pada PRU 13 kepada 20,157 undi semalam.

Dalam pilihan raya kecil itu, Dyana  hanya meraih 19,919 undi berbanding 27,399 oleh calon DAP pada PRU 13.

Ini bermakna DAP hilang 7,480 undi manakala BN mendapat tambahan 71 undi.
Apapun,  antara realiti yang terpaksa diterima DAP dengan mempertaruhkan Dyana – ada pengundi Cina tidak setuju kerana DAP selama ini memang dianggap hanya untuk kaum berkenaan sahaja.
Justeru itu, pemimpin DAP tidak perlu pening kepala memikirkan kenapa mereka kecundang di Teluk Intan.

1 comments:

  1. I think its not Hudud that scared the Chinese voters off in Teluk Intan.
    The Chinese people are very opportunistic in nature. That is how they manage to survive in Malaysia.
    During PRU13, the Pakatan Rakyat has promised the Chinese that they will win big and get the Chinese to rule Malaysia. Hence the Chinese sere duped and they tried to gain power by the Chinese Tsunami and gave their votes to the Pakatan Rakyat. The Chinese voted for DAP, PKR or PAS. MCA ande Gerakan were sidelined as they are in BN. The Chinese also now realised that other than enriching the DAP leaders and their cronies, the DAP does not care for the local Chinese.
    In Teluk Intan, the DAP Adun did not care about the local Chinese for two terms. DAP was busy opening up brothels and massage parlours under the control of gangsters under the patronage of DAP of course. The local Chinese business people does not benefit at all.
    The Gerakan candidate, Mah is always there to help the local people be they Chnese, Indians or Malays. Now that Najib has promised Mah a cabinet post which definitely will help the local Chinese business people. So the Chinese wisely voted for Mah.
    This left only the unwise and hardcore supporters of DAP who voted for DAP.
    The stupid PAS members also were conned into voting for DAP.
    Most of the Indians voted for Mah for they could not forget the Kg Buah Pala incident and the numerous cases of Indian DAP members who were denied their rights to vote in the DAP elections. They were also angered by the Chinnamah incident in Teluk Intan. Another Indian man was called 'Pariah' by a Chinese DAP lady when he refused to vote DAP.

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Comment