Friday, 18 July 2014

SEMPORNA 18 Julai - "Jangan percaya khabar angin," kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), DCP Datuk Abdul Rashid Harun mengenai dakwaan berlaku kejadian terbaharu tembak-menembak di kawasan itu.

Beliau menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina awal pagi tadi.

Katanya, sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya.

"Ini merupakan satu lagi laporan palsu yang boleh mendatangkan kebimbangan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan yang terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment