Friday, 18 July 2014

SEPANG 18 Julai - Juruterbang pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin mengirimkan mesej terakhir menerusi aplikasi WhatsApp kepada isterinya sebelum berlepas dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut sepupu Wan Amran, 50, yang dikenali sebagai Ummi, kiriman mesej itu berbunyi `Nak naik dah jumpa esok' pada pukul 4.48 petang kelmarin (waktu Malaysia).

"Itu mesej terakhir beliau kepada isterinya, Mariam Yusof dan kami dimaklumkan bahawa tiada perkara pelik dan luar biasa yang berlaku padanya sebelum ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment