Sunday, 13 July 2014

Kalau ikut plan Rafizi, semuanya selesai menjelang raya ini. Cuma orang sahaja bertukar. Kalau dalam ‘Proposal Asal Kajang Move: Agenda Pengukuhan Ekonomi dan Politik PKR Selangor’, Anwar Ibrahim yang bakal angkat sumpah. Disebabkan ada isu…Wan Azizah bakal jadi galang gantinya.

Sebenarnya, Rafizi sendiri tak ada Plan B. Kajang Move hanya untuk Anwar & PKR. Sekarang ini, bila Kak Wan yang jadi ganti, ada masalah sedikit untuk dapatkan endorsement rakan PR yang lain.

DAP ok…boleh settle. Yang masalah sikit sekarang ini adalah PAS. Azmin yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah, rupanya dia yang jadi masalah. ADUN PAS, kecuali Shaari Sungib, memang tak berapa suka kePOYOan Azmin sejak dulu. Pada mereka, Azmin ini hanya bunyi sahaja lebih, strategi entah ke mana.

Azmin ingat dengan kedudukan Timb Presiden PKR, dia ada kuku. Rupanya dalam PAS, Azmin ini tahap watak yang dibenci. Opportunist.

Kalau PAS dan DAP selesai, Anwar hanya perlu NEGO dengan Khalid Ibrahim sahaja. Katanya, setakat malam semalam, Khalid boleh lepaskan jawatan dengan 6 syarat utama yang mesti ditandatangani oleh Kak Wan dan Anwar. Kalau boleh penuhi syarat ini, Khalid OK:-

i. Jawatan Penasihat Ekonomi diberikan kepada Khalid Ibrahim. Anwar tidak sesuai lagi disitu kerana redundant dengan kedudukan Wan Azizah. Kalau tidak dibuat, maka serangan kronisme dan nepotisme akan menjatuhkan parti.

ii. Faekah WAJIB diambil sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor. Khidmat cemerlang. Profesional. Telus. Mempunyai hubungan baik dengan jentera kerajaan di SUK.

iii. Tidak ada penamatan kontrak/kajian semula kepada SEMUA keputusan yang telah dibuat oleh MBI, MTES dan anggota Exco Kerajaan Negeri sehingga tarikh 15hb Julai 2014. Ini termasuk semua kontrak-kontrak di bawah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Kumpulan Semesta dan PNSB.

iv. Kajian semula kepada semua lantikan yang dibuat oleh Azmin Ali di syarikat-syarikat kerajaan negeri; dan digantikan penama-penama yang akan ditentukan oleh Khalid Ibrahim kemudian. Semua penama baru adalah profesional, muda, dipercayai dan boleh membawa Selangor ke era pentadbiran baru.

v. Azmin Ali tidak disenaraikan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan hanya kekal sebagai ADUN biasa.

vi. Akses tanpa had TS Khalid Ibrahim kepada Pejabat Menteri Besar Selangor.

Syarat-syarat ini nampak macam tak terlalu ketat pun. Syarat biasa. Sebarang kegagalan untuk menuruti segala syarat akan membuatkan suasana sukar di Selangor. Itu amaran awal Khalid.

Kalau Kak Wan dan Anwar bersetuju dengan syarat-syarat ini, maka akan bertukar tanganlah jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor tidak lama lagi.

Nampaknya berkesan juga Kajang Move Rafizi…cumanya Rafizi sendiri pun mula ragui kemampuan Kak Wan. Kalau tukang buat pelan pun risau…jawabnya…

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment