Friday, 22 August 2014

Esok, 23 Ogos, kemuncak kongres dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kemudian diikuti ucapan dasar oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang seterusnya akan merasmikan kongres.

Program diteruskan dengan pemilihan bagi jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, serta pemilihan dua pemeriksa kira-kira.

Menurut Pengarah Kongres, Abdul Hadi Suhaimi, semua pemerhati jemputan, wakil kedutaan asing dari pelbagai negara, wakil parti gabungan Pakatan Rakyat dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) juga bakal menghadiri kongres.

Kongres AMK dan Wanita pada hari ini yang sarat dengan agenda antaranya ucapan dasar Ketua AMK dan Ketua Wanita dan perbahasan usul dijadual berakhir pada 6 petang nanti.

Menurut seorang rakan baik, seorang perwakilan, banyak mesej yang meminta perwakilan membelasah sedahsyat-dahsyatnya Presiden PAS di atas apa yang berlaku di Selangor/
Nampak gaya, jika tidak ada control oleh Anwar, Kongres kali ini hanya akan menjadi agenda membelasah Presiden PAS secara maksimum.

Kononnya, tidak ada arahan diberikan. Perwakilan bebas untuk bersuara tentang apa sahaja isu.
Selain Hadi, Khalid juga akan ditogelkan setotel-togelnya. Inilah PKR. Sekejap kawan, sekejap musuh. - Gelagat Anwar


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment