Wednesday, 20 August 2014

1. Harap Tun M juga bersedia menerima teguran terhadap kepimpinan anaknya di Kedah yang dirasakan sangat lemah dan mula mendatangkan rasa menyampah di kalangan pegawai awam, pekerja swasta dan rakyat biasa di Kedah.
 
2. Semua orang beranggapan, Mukhriz adalah anak seorang tokoh UMNO terbilang yang pastinya akan membawa rentak pembangunan baru di Kedah. Sayangnya, setakat ini, Mukhriz hanya mengikut sahaja template percakapan yang disediakan oleh pegawai, tanpa ada strategi besar untuk Kedah.
 
3. Lapangan Terbang di Kulim ini bukan benda baru. Benda lama. Idea recycle yang digunakan Mukhriz kononnya untuk mendapat undi kalangan generasi muda di Kulim. Idea yang pernah dikemukakan di zaman Tun Mahathir pun mahu dibawa kembali ke dalam Sidang DUN dan dibangga-banggakan.
 
4. Mukhriz juga mempunyai Barisan EXCO yang tidak pro aktif, ada kalanya lembab dan tidak terfikir apa pun untuk memajukan negeri Kedah. Beberapa orang individu yang diberikan jawatan EXCO tak lebih daripada mengisi ruang kosong, tanpa membawa sebarang idea baru.
 
5. Cuba kita tengok kepada Akujanji BN Kedah:-
- Memperkasa institusi agama (masjid dan sebagainya). Dah dibuat? Bukti?
- Memartabatkan pusat pengajian pondok dan tahfiz. Angka?
- Peningkatan pelaburan asing/domestik. Angka?
- Bandaraya Getah (Rubber City)?
- Hab industri Kota Perdana?
- Alor Setar sebagai bandaraya METROPOLIS?
- Taman Sains Kedah?
- Mini RTC di setiap daerah?
- Pembesaran Terusan MADA Utara?
 
6. Kesemua ini dibawa masuk oleh Mukhriz ke dalam agenda utama pembangunan negeri. Pelaksanaan?
 
7. Jadinya, kalau Tun M nak menegur Najib, selayaknya menyoal juga kemampuan anak sendiri di Kedah. Apa pencapaian setakat ini?
 
8. Lebih elok, jika Tun M sendiri juga mencadangkan Mukhriz tidak mendengar nasihat-nasihat kalangan orang KL yang merosakkan MB Kedah tersebut. Atau mulakan dengan nasihat selaku Ayah Mertua agar menantunya tidak menggunakan antiseptik setiap kali selepas bersalam dengan rakyat. Awatnya? Tangan rakyat Kedah ni kotoq sangat ka?

2 comments:

  1. Hello blogger bodoh,
    Apa yang hand dok merepek? mahathir tegur PM yang menarujui negara hang cakap pasal anak dia sebab menteri besar kedah. hang sekolah setakat darjah berapa? hang tau ke Pm tu apa? memang dasar federal makin teruk. kalau setakat nak mengampu saja, tak payah tulis blog, bodoh. Macam budak2.

    ReplyDelete
  2. antara Najid dan mukhriz jauh berbeza, umpama langit dan bumi.. seorang sebagai PM yang dah nak masuk 2 penggal memimpin negara dengan dibantu punahsihat2 yang berjaya.. seorang lagi pemimpin muda yang sedang sibuk nak baiki masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan PR terdahulu disamping kedudukan kewangan negeri yang bermasalah.. kesimpulannya.. ada antara kita ni jenis senang cakap tp tak fahampun realiti .. perbaiki tulisan anda.. jangan jadi umpama blogger sampah yang bersepah kat luar sana tu..

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Comment