Thursday, 4 December 2014

Tuntutan DAP untuk melantik wakil rakyat daripada parti itu bagi jawatan timbalan speaker kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata buat masa ini, dewan tetap berpendirian untuk mengekalkan hanya satu wakil timbalan speaker yang diisi oleh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah.

“Memang ada cadangan daripada DAP (mengenai timbalan speaker) dan saya perkara baharu seperti ini harus dibincangkan dalam mesyuarat pakatan sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi DUN Selangor di sini hari ini.

Beliau juga menafikan dakwaan DAP kononnya jawatan timbalan speaker baharu itu dijanjikan kepada parti itu dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim dilaporkan berkata DAP wajar diberikan kerusi jawatan timbalan speaker DUN memandangkan parti itu menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat sewaktu krisis menteri besar kira-kira lima bulan lepas.

Ng berkata untuk melantik timbalan speaker baharu, ia hanya memerlukan pindaan dalam enakmen selepas persetujuan dicapai dari kalangan parti komponen dalam pakatan pembangkang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment