Friday, 5 December 2014


Pihak ROS dan KDN harus jawap,kenapa hingga sekarang Dap masih tidak diambil tindakan?

Apa istimewa sangat dengan parti ultrakiasu ini hingga pihak ROS dan KDN masih tidak mampu untuk membuat keputusan.

Sedangkan Umno sebagai parti pemerintah pernah diharamkan oleh ROS inikan pula Dap..

Penulis berharap agar pihak kementerian memberi kata putus kenapa tidak diambil tindakan dan bila keputusan boleh di buat.

Kementerian Dalam Negeri nampak lembik bertambah lesu apabila didalam isu Dap ini nampaknya mendiamkan diri.

" Parti Alternatif Rakyat (PaP) mempersoalkan ‘kekebalan’ yang seolah-olah dinikmati DAP kerana tiada sebarang amaran keras serta keputusan muktamad dibuat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kemelut yang sedang dihadapi parti tersebut.

Presiden Penaja PaP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, pemimpin DAP masih bebas menjalankan urusan parti di sebalik keraguan tentang keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, DAP yang ketika ini 'berfungsi' dalam keadaan status diragui menyebabkan rakyat negeri ini berada dalam dilema berhubung urusan pentadbiran negeri.

Antaranya tambah beliau, berhubung beberapa keputusan meragukan seperti menaikkan tarif air, cukai pintu dan menandatangani projek mega termasuk pembinaan terowong dasar laut.

“Semua perkara itu diputuskan dalam keadaan pemimpin DAP tidak diiktiraf jawatan mereka dan lebih memburukkan keadaan ROS seolah-olah berdiam diri walaupun berlaku pelanggaran undang-undang,”katanya kepada pemberita di sini hari ini. seterusnya

*KDN harus jawap jangan sampai rakyat persoal kredibiliti kementerian

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment