Thursday, 18 December 2014

Penulis berasa hairan kenapa sehingga sekarang pihak KDN dan ROS tidak memberi sebarang respon kepada beberapa persoalan dan kenyataan yang dibuat di media massa dan media sosial.

Kenapa Dap dibiarkan mengadakan mesyuarat tahunan sedangkan mereka masih disiasat oleh pihak ROS.

Kenapa ROS double standart , apakah kalangan mereka di KDN dan ROS tunduk kepada tekanan Dap.

Bagaimana Dap boleh mengadakan persidangan di peringkat kebangsaan sedangkan sedangkan kepimpinan didalam Dap masih tidak sah.

Arahan pihak ROS bertarikh 6. Desimber 2013 masih berkuatkuasa untuk melarang pemegang jawatan CEC yg masih belum disahkan dari membuat sebarang keputusan parti sehingga penyiasatan terhadap parti berkenaan selesai.  

Semua ketetapan mahupun usul dan resolusi yang dipersetujui oleh perwakilan pada persidangan berkenaan yang dicapai telah melanggar arahan ROS.

ROS tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan pemimpin parti berkenaan berterusan memperlekehkan undang-undang negara. Membenarkan persidangan tersebut berjalan seolah2 perakui arahan bertarikh 6.12.2013 sudah dibatalkan? 

Jika ia masih terpakai, mengapa tidak ada tindakan drastik diambil untuk menghentikan perbuatan melampau diluar jangkaan oleh pemimpin parti berkenaan?   

Kenapa Dap tidak digantung sehingga siasatan dan tindakan mahkamah selesai?

Apakah KDN yang hanya gah diluar beretorik 24jam..

Penulis berharap agar KDN dan ROS beri penjelasan agar tidak timbul soal double standart.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment