Saturday, 10 January 2015

1.Sebenarnya penulis ingin berkongsi pandangan berhubung isu surat Dato' Sri Zahid (DSZ). Penulis tak mengaji tinggi dan tak pandai mengulas macam orang-orang lain. Penulis juga tak menyokong mana-mana pihak sama ada DSZ, PKR atau UMNO. Ahli politik pun bukan. Penulis orang biasa-biasa.

2.Tapi dalam hal ini penulis memang menyokong 200% atas tindakan DSZ. Sebab kalaulah penulis ni Menteri Dalam Negeri penulis bertanggungjawab pada rakyat Malaysia di Malaysia dan di luar Malaysia. Kalau penulis MDN, penulis pun nak tahu tentang hal ini sebab melibatkan keselamatan rakyat-rakyat di bawah penulis.

3.Kalau kita nak ubat orang kena patuk ular kita kenalah cari bisa ular. Macam Polis Hong Kong nak hapus ancaman gangster, diorang jadi gangster, berkawan dengan gangster untuk tahu hal gengster, makan masa 15 tahun untuk hapuskan ancaman gangster. Samalah macam kes US, berkawan dengan Osama bin Laden, untuk berperang dengan Rusia, halau Rusia dari Afganistan. Bila Rusia dan keluar, Osama pulak jadi musuh. Akhirnya Osama mati dibunuh oleh US. Pada saya,mungkin DSZ bekerjasama denga Paul Phua sebab nak tahu tentang kegiatan perjudian dekat Malaysia ni. Tapi, takdela sampai baik sangat sampai bawak ke bilik tidur. Baik tu berpada-pada.

4.Kat  Malaysia, selagi ada cina, selagi tula ada judi. Siapa yang jaga Genting Highland? Siapa pemilik asal tanah tu? Takkan rakyat Malaysia buta sejarah. Orang kata jangan mengata orang, nanti kita yang lebih. Macam meludah ke langit, kena muka sendiri. Kan? Cuma Genting Highland ni diberi lesen untuk berjudi. Tapi yang lain tu tak de lesen, sebab tu la kita panggil ‘illegal gambling'. Memang la agama kata judi tu tak bagus. Kalau dalam Islam, judi tu haram. Tapi, bagi kebanyakan orang cina itu dah kira budaya dia, benda biasa jer. Nak buat macam mana. Jadi, kita ni cermin la diri kita sendiri. Kalau dah kata namanya Islam tak yah la berjudi.

5.Dalam pengamatan penulis, isu ni tak besar. Small matter jer. Rasanya, hanya kerana DSZ ni Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO yang paling senior dan ada potensi untuk naik, so orang cari pasal, buat macam-macam nak jatuhkan dia, biasa la tu asam garam politik Malaysia. Setahu penulis, arwah bapa DSZ, ada membantu sekolah-sekolah pondok, sekolah Tahfiz, rumah anak yatim, orang-orang fakir miskin dan orang-orang lain yang memerlukan. Dalam hal ni, takkanlah anak pada orang baik-baik macam ni, cukup didikan agamanya, nak buat benda-benda haram macam yang diwar-warkan sekarang ni.

7.Walaupun penulis bukan ahli UMNO, bukan PKR, ahli politik pun bukan, penulis nak cakap kat DSZ, syabas Dato' Seri, saudara sekarang berjuang sorang-sorang untuk menegakkan keadilan di Negara ini. Tapi jangan bimbang Dato' Seri, ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya. Ular air walaupun tak berbisa, tapi bila mematuk, sakit juga rasanya. Dato Seri, musuh Dato' Seri tak jauh pun. Diorang tu dikalangan kawan-kawan Dato' Seri juga. Ingatlah dan berwaspadalah.

8. Penulis tak pandai tapi tak payah diajar. Mengaji pun tak tinggi.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment