Saturday, 31 January 2015

Jika tajuk diatas benar..apa agaknya respon blog dan portal pembangkang..

Penulis dapat bayangkan mereka akan menyanyi hingga 50 Januari...

Nizar Mantan Menteri Besar 11 bulan terkenal dengan ceramah provokasi.Penulis pernah mendengar ceramah beliau..memang cukup mahir menghasut hinggakan mereka yang datang mendengar naik minyak kerana percayakan cakap Nizar..

Penulis berharap agar Nizar dihukum dan dijadikan teladan atas sikap beliau yang sering membuat fitnah dan berbohong..

Mohammad Nizar didakwa semula fitnah PM

IPOH 30 Jan. – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini didakwa semula di Mahkamah Se­syen di sini atas tuduhan memfitnah Perdana Men­teri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu ceramah politik, tiga tahun lalu.

Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin

Mohammad Nizar, 58, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mat.

Beliau yang hadir ke mahkamah sejak kira-kira pukul 8.30 pagi de­ngan ditemani isterinya, Datin Se­ri Fatimah Taat serta beberapa pemim­pin pembangkang lain dilihat hanya bersahaja ketika pertu­duh­an tersebut dibacakan.

“Saya mendengar per­­tuduhan yang dibacakan di mahkamah dan mengaku tidak bersalah serta mohon pertuduhan ini dibicarakan seawal yang mungkin,” kata Mohammad Nizar ketika ditanya jurubahasa penga­kuannya berhu­bung per­tuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Ketua Pembangkang negeri itu didakwa melakukan perbuatan tersebut dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar didakwa menge­tahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.

Dalam ucapannya itu, Mohammad Nizar didakwa menuduh Najib telah memanggil semua pemimpin angkatan tentera untuk bertanyakan pendirian mereka sekiranya Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya.

Pertuduhan terhadap Mohammad Nizar dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. -UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment