Saturday, 31 January 2015

1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah syarikat milik kerajaan yang bukan bertujuan menguruskan kekayaan negara. Ini bermkana 1MDB tidak menggunakan kewangan negara seperti mana Khazanah Nasional bergerak. Kerajaan hanya memberi modal permulaan sebanyak RM 1 juta dan jaminan ke atas bon 1MDB sebanyak RM 5.8 bilion.

Justeru serangan ke atas 1MDB seolah-olah syarikat terbabit bakal memufliskan negara adalah satu serangan tidak masuk akal.

Katakan jika syarikat ini muflis, tanggungan kerajaan hanya RM 5.8 bilion iaitu sekitar 2.5% daripada bajet tahunan negara dan 0.25% daripada Rizab Negara. Ini dengan andaian 1MDB tidak mempunyai sebarang aset yang boleh dilunaskan untuk menjelaskan hutangnya.

Kita semua tahu bahawa hutang 1MDB sekitar RM 49 Bilion, manakala aset 1MDB sekitar RM 51 bilion. Dengan kata lain, sekiranya 1MDB tutup hari ini ia masih mempunyai lebihan sekitar RM 2 bilion.

Katakanlah tuduhan dan tohmahan bahawa aset 1MDB dinilai lebih tinggi dari harga pasaran atau pun berlaku “force selling” menyebabkan nilai aset berkurangaan sehingga RM 40 bilion. Maknanya 1MDB kekurangan RM 10 bilion menyelesaikan hutang mereka. Kerajaan tetap hanya menanggung RM 5.8 bilion jaminan sahaja.

Namun ini hanya andaian bahawa ia akan muflis dalam masa terdekat. Nyata sekali jika ia muflis pun ia tidak akan menjejaskan kewangan kerajaan dengan serius seperti yang cuba digembar-gemburkan.

Sudah tentu ada yang sinikal akan bertanya, apa perlu wujudnya 1MDB? Apa perlunya mengambil risiko menjejaskan kantung negara?

Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan mekanisme mengawal pasaran. 1MDB merupakan salah satu alat untuk membantu kerajaan menambah pendapatan pada masa hadapan dan juga sebagai satu saluran membantu kerajaan melaksanakan polisi-polisinya.

Pengambil alihan beberapa janakuasa bebas dan penyertaan dalam pembinaan janakuasa elektrik baru merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan menstabilkan harga elektrik yang akan dibekalkan oleh Tenaga nasional Berhad. Kerajaan mahu mewujudkan keadaan situasi menang-menang antara IPP dan TNB. Keadaan ini tidak boleh dilaksanakan sebelum ini kerana pemain besar IPP adalah pihak swasta yang mementingkan keuntungan diri.

Selain itu, melalui pembangunan Razak Exchange yang dilaksanakan oleh 1MDB, kerajaan boleh memastikan penyertaan bumiputera dan Malaysia dalam hartanah bertaraf enam bintang ini akan terjaga berbanding jika ia dibangunkan oleh swasta.

Justeru, janganlah hairan apabila wakil rakyat pembangkang dari DAP seperti Tony Pua tidak bersetuju dan mencari jalan membunuh 1MDB. Ini kerana kejayaan 1MDB akan merupakan kejayaan untuk rakyat. Ini sudah tentu tidak bagus untuk pembangkang dan mereka yang mahu menjatuhkan Najib Razak. Untuk itu 1MDB mesti dirosakkan dengan apa cara sekali pun.

Terbaru ada khabar angin bahawa 1MDB akan membuat urusniaga dengan Tan Sri Ananda Krishna bagi menyelesaikan sebahagian pinjaman mereka di Maybank dan RHB. Laporan Reuters semalam menyebut bahawa Ananda Krishnan akan meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang dengan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

Apa pun tindakan 1MDB ia merupakan keputusan perniagaan yang mereka lakukan mengikut keperluan dan kepentingan syarikat terbabit.

Justeru sangat aneh apabila Malaysiakini.com melaporkan bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata tindakan itu satu “penghinaan”, apatah lagi apabila syarikat tersebut mendakwa ia telah menebus semula pelaburannya sebanyak RM3.9 bilion di Kepulauan Cayman pada kadar tukaran semasa.

“Berita itu penghinaan besar buat 1MDB dan amat memalukan kerajaan Malaysia,” kata Pua dalam kenyataan.

Pua seterusnyua membangkitkan bahawa pinjaman dari Ananda itu merupakan bukti bahawa 1MDB kini dipengaruhi jutawan berkenaan.

MP tersebut turut menimbulkan kebimbangan bahawa 1MDB mungkin terpaksa memenuhi syarat pinjaman yang memihak kepada Ananda.

“Terutama sekali memandangkan 1MDB ada rekod yang buruk dalam mendapatkan pinjaman khas,” katanya.

Apa motif Tony Pua ini? Beliau bukan pihak yang mempunyai maklumat mengenai perjalanan syarikat terbabit, apatah lagi mempunyai sebarang kepentingan secara langsung dalam syarikat ini.

Campur tangan, kritikan jahat dan fitnah seperti ini sebenarnya merupakan permainan korporat besar untuk melingkupkan 1MDB dengan cepat. Dalam dunia korporat isu-isu seperti ini boleh menjauhkan rakan perniagaan dan pelabur dari 1MDB.

Inilah tujuan Tony Pua. Beliau mahu merosakkan imej 1MDB di kalangan masyarakat perniagaan tempatan dan luar negara supaya syarikat ini hilang kredebiliti dan kepercayaan.

Apabila imej 1MDB diburukkan secara berterusan pastinya ramai pelabur dan rakan kongsi perniagaan akan menjauhkan diri bagi mengelak kontroversi atau menjadi bahan serangan politik.

Syarikat sebesar mana atau sehebat manapun memerlukan rakan perniagaan dan pelabur dari semasa ke semasa. Inilah motif sebenar Tony Pua dan pemimpin politik pembangkang serta segelintir dalam Barisan Nasional yang anti- Najib Razak.

Dengan menjatuhkan 1MDB, sudah tentu Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Mohd Najib Razak perlu bertanggungjawab. Bagi dalam UMNO, ini memudahkan usaha menjatuhkan Najib Razak.

Bagi dalam Pakatan Rakyat, ini memudahkan menjatuhkan Barisan Nasional. Bagi ahli parlimen yang pro beberapa syarikat Konglomerat Cina, ini peluang untuk menangguk di air yang keruh jika 1MDB jatuh.

Malahan sejak tahun lalu terdapat gosip bahawa Tony Pua menyerang 1MDB sebagai menjaga kepentingan YTL yang telah kalah tender dengan 1MDB. YTL merupakan salah satu pemain utama IPP pada zaman awal kemunculan perniagaan elektrik ini.

Memang ia sekadar gosip yang sehingga kini belum dibuktikan kebenarannya, namun rakyat perlu meragui Tony Pua kerana kelihatan kritikan beliau bukan lagi mahu menjaga kepentingan rakyat tetapi kelihatan sangat peribadi (personal) dalam “menyerang” 1MDB.

Justeru rakyat biasa yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan seperti mereka di atas harus membenarkan 1MDB berjalan sehingga berjaya. Adalah tidak masuk akal kita mahu melihat 1MDB dihancurkan oleh ahli politik yang berkepentingan ini.

Kejayaan 1MDB akan memberi banyak peluang dan faedah kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan. Sebaliknya kegagalan 1MDB hanya menyaksikan pihak berkeprntingan yang meraih keuntungan, rakyat mungkin akan rugi lebih banyak.

1MDB akan mencatatkan keuntungan sebaik sahaja Razak Exchange mula dibangunkan secara intensif. Projek pembangunan ini dijangka menjana pendapatan sehingga RM 26 bilion apabila siap sepenuhnya.

Sehingga itu, rakyat Malaysia perlu beri ruang dan peluang kepada syarikat ini untuk beroperasi untuk kepentingan negara pada masa hadapan. Jangan terpedaya dengan agenda perkauman Tony Pua, agenda politik rebut kuasa dalam UMNO dan agenda politik Pakatan mahu menjatuhkan Barisan Nasional.

Jika 1MDB jahanam, maka mereka yang bertanggungjawan harus memikul kesalahan, namun sehingga itu, mengapa kita hendak memusnahkan satu agenda yang baik? Janganlah kita sendiri yang memusnahkan 1MDB melalui serangan politik yang semberono.

Sumber:MyKMU

1 comments:

Popular Posts

Recent Comment