Wednesday, 22 July 2015


najib wsjTempoh 14 hari yang diberi kepada Dow Jones untuk menjawab surat pengesahan berhubung pendirian syarikat itu berakhir hari ini sejak surat pengesahan dihantar 8 Julai lalu.


Peguam Wan Azmir Wan Majid daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili perdana menteri berkata, penerbit WSJ gagal memberikan pengesahan berhubung pendiriannya mengenai artikel yang mendakwa Najib menyelewengkan wang hampir US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Menurutnya, perdana menteri kini mempunyai beberapa pilihan undang-undang yang akan diputuskan kemudian.


“Ia adalah kerana keengganan Dow Jones memberi sebarang jawapan atau penjelasan berhubung dakwaannya yang secara berhati-hati diperiksa berhubung aspek undang-undang dan faktanya yang disiarkan baru-baru ini,” katanya.


Pada 8 Julai lepas, perdana menteri melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak telah menghantar surat kepada Dow Jones meminta pengesahan pendiriannya berhubung dakwaan dalam artikel-artikel yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai lalu.


Artikel-artikel itu didakwa dikeluarkan, diterbit dan disebarkan melalui laman portal WSJ iaitu www.wsj.com.

1 comments:

  1. saman je la... citer byk buat apa..

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Comment