Thursday, 13 August 2015

SPRM sudahpun membuat kenyataan, bahawa memang benar sejumlah RM2.6 bilion itu singgah sekejap di akaun peribadi Perdana Menteri, sebelum difaraidkan mengikut keperluan untuk PRU yang lalu.
Memang tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, seorang PM menerima wang sebegitu banyak dalam akaun peribadi. Sekurang-kurangnya Najib sudah cipta sejarah. Malaysian Book of Record. Mengkagumkan juga.
RM2.6 bilion untuk PRU13 sahaja? Untuk satu pilihanraya? Apakah jumlah itu besar atau kecil?
Soalnya, pernah atau tidak kita tanyakan berapa jumlah collection PKR dan Kak Wan sepanjang beberapa pilihanraya yang lalu.
1999
2004
2008
2013
PRU14 nanti?
Ada sesiapa yang bertanya dengan Kak Wan, Rafizi, Izzah – berapa collection sebenar mereka peroleh untuk pilihanraya yang lepas-lepas? RM1b setiap PRU? Atau berapa?
Penting juga, kalau kita korek dan gali akaun peribadi Najib, berapa agaknya penerimaan akaun PKR dan sebarang yayasan, entiti yang rapat dengan parti tersebut?
Bukan soal diversion. Kalau kita nak Najib terbuka, kita juga perlu sama-sama bogelkan akaun parti sendiri. Baru sedap.
Berapa Konrad Adeanuer Foundation beri? Berapa wang dari Turki? Berapa wang dari NID? Berapa wang daripada Open Society? Berapa wang dari Singapura? Berapa wang tunai yang diseludup dari Thailand sepanjang 4 PRU yang lalu?
Kalau Sheikh Sungai Buloh tak boleh jadi transparen dan telus, barulah kita ada level playing field.
Ini tidak, bab gomen, bab PM nak ketelusan. Tapi apa pula integriti dan ketelusan kepada pembangkang?
Ke mana lebihan sumbangan yang diperolehi oleh Ketua Pembangkang selama ini? Ke mana?
PKR menang pun setakat lebih kurang 30 kerusi. Kalau bahagi-bahagi, mahunya PKR dapat lebih daripada apa yang UMNO dapat.
Siapa nak jawab tu?

-GelagatAnwar

2 comments:

  1. Pedulik apa dgn akaun PKR , DAP, PAS, dah tentu diblkng mereka ialah org yg nak negara ni lingkup

    Rakyat sekarang mahu penjelasan Najib dgn bukti2 kewangan bukan suruh keyboard warrior ( kw) jawab

    Rakyat mahu Najib undur bukan spin kata rakyat nak guling krjaan

    Ralyat masih mahu BN dan Umno tapi bukan Najib dan pengampu bodek Najib...ada faham!!!!!!!

    Di Johor ,Najib tegak2 tipu rakyat kata 1MDB belum rugi walhal dah trnyata pembentangan akaun lpas 1MDB dah rugi rm600 juta lebih.

    WSJ report kata ada 2.6 b dlm acc Najib, tak mengaku, dekat sebulan akhirnya kantoi dgn sprm

    Masih berlagak suci...2.6 b cuma derma.....hanya org bodoh dan hilang akal akan percya duit sbnyk tu derma

    Berhenti menipu dan undur

    ReplyDelete
  2. adzam..simpan sikit kebodohan di warisi oleh keluarga ko tu..kmi bukn pnjilat tapi xla bodoh mcm ko, mula2 najib saman wsj tu pn surat saman jelas tulis adakah btul duit 1mdb? p baca balikla lahanat, knpa parti pmbngkang ko xpeduli duit dapat mane walau yg bg tu jelas dr tgn yahudi?sb katanya najib mkn duit rakyat, skng apa cita bigai? esk2 klu dia memerintah xke sama? sb tu kata bodoh ko ni...patutnya ko tu bhnti dr berckp sb klua dr mulut ko semua tahit2 belaka bigai!

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Comment