Wednesday, 3 February 2016



Krisis kepimpinan di Kedah yang melihat Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir benar-benar merisaukan Dato Seri Dr Zambery Kadir. Sama seperti Mukhriz, Zambery juga berhadapan dengan masaalah dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO.


Lambat laun, hal ini bakal menular kepada Zambery. Perak dikatakan timbul banyak kawasan-kawasan hitam yang boleh berakhir dengan BN hilang kuasa di Perak. UMNO Perak begitu lewa sekali tanpa ada gerak kerja. DAP sudah yakin akan dapat rampas kembali Perak dengan menggunakan PAN sebagai kuda tunggangan.


Mengurus UMNO Perak bukan senang kerana Perak mempunyai ramai pemimpin besar di peringkat pusat seperti Dato Dr Zahid Hamidi, Dato Nazri Aziz, Dato Husni Hanazlah, dan baru muncul sebagai ketua biro dalam UMNO adalah Dato Shamsul. Zambery berhadapan masaalah untuk mengarah Ketua-Ketua Bahagian lalu dikata mereka tidak kerjasama.     


Dalam ramai-ramai, paling risau buatnya adalah Timbalan Perdana Menteri dan bakal jadi Timbalan Presiden, Zahid Hamidi. Kedudukan Zahid Hamidi membuat peranannya sebagai Ketua Perhubungan Negeri kurang menyengat. Cakap Zahid bakal "carry more weight" dari dirinya.


Tambah lagi, Zambery adalah orang Muhyiddin. Naiknya Zahid bakal menurunkan bossnya, Tan Sri Muhyiddin. Maka sesuatu dilakukan.


Selama ini, Zambery bekerjasama dengan najib sebagai Presiden yang mengekalkannya sebagai Menteri Besar. Namun sejak Muhyiddin ikut serta Tun Mahathir untuk serang Najib, dia pun sudah ubah sikap. Dia sedia bekerjasama dengan musuhnya dalam Perak yang bersama dalam gerakan jatuhkan Najib. Permintaanya hanya henti menyerangnya untuk selamatkan Perak tapi teruslah serang Najib.


Sambil itu, salah seorang pengikutnya dilihat menyerang Zahid dengan menimbulkan isu berkenaan pendatang haram. Fakta yang ditimbulkan salah dan tuduhan yang dilakukan melampau. Rupanya tujuannya hanya untuk gembar gemburkan satu link.


Tidak ramai ketahui akan kewujudan facebook tersebut tetapi ianya adalah kepunyaan blogger dan pengusaha portal upahan Zambery. Facebook itu memang kuat menyerang Zahid. Dengan demikian, serangan terhadap isu pendatang asing dan sistem penyelenggaraan hanyalah alasan untuk serang Zahid.


Tambah lagi, blogger dan pengusaha portal ini juga nampak tidak bersungguh-sungguh pertahankan Najib malah kadangkala dilihat sebagai menimbulkan isu terhadap Najib. 


Zahid adalah pilihan Najib. Pastinya beliau mendapat restu Najib untuk tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.


Tindak tanduk menyerang Zahid dan membenarkan Najib diserang hanya menunjukkan Zambery sedang bermain wayang kulit untuk di hadapan pura-pura menyokong Najib tetapi dibelakang bersama Muhyiddin untuk menjatuhkan Najib dan orang-orangnya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment