Friday, 6 May 2016


Bank Rakyat adalah sebuah syarikat milik koperasi yang mempunyai aktanya sendiri  dibawah KPDNKK dibawah menterinya Yb Ds Hamzah Zainudin. Baru baru ini menurut sumber penulis Bank Rakyat ada menawarkan tender perolehan untuk sistem perbankkan .

Tender tersebut menurut sumber banyak syarikat tempatan dan luar negara turut menawarkan diri.Setakat ini dalam banyak banyak syarikat yang menawarkan diri penulis agak tertarik dengan sebuah syarikat dari kumpulan Silverlake.


Syarikat ini menurut sumber mempunyai pernah ada kaitan kuat dengan Tony Pua Ahli Parlimen DAP. Malah pada 2014 isu mengenai skandal Tony Pua dengan syarikat ini pernah dibangkitkan didalam media sosial.
dan

Kaitan kuat syarikat ini dengan pemimpin DAP seperti Tony Pua harus ambil perhatian oleh pihak atasan Bank Rakyat dan Menteri KPDNKK Yb Hamzah Zainudin.Malah skandal Tony Pua dan Silverlake masih belum terjawap sejak 2014 sehingga sekarang.


Penulis berharap agar Yb Menteri buka mata dan pengurusan tertinggi Bank Rakyat ambil perhatian mengenai wujudnya dakwaan kaitan Silverlake dengan pemimpin DAP ini.


Seterusnya menjadi persoalan,benarkah  jumlah harga tender yang ditawarkan oleh Silverlake mencecah RM550juta . Jika benar , Silverlake dilihat meletakkan harga bukan saja terlalu tinggi malah 2-3 kali ganda daripada syarikat syarikat lain. Yang mengejutkan menurut cakap cakap  industri, benarkah Silverlake bakal menang didalam tender ini. Adakah benar dakwaan ini?


Entah kenapa dan dimana yang tak kena didalam proses tender ini Bank Rakyat harus memberi penjelasan kenapa  syarikat yang menawarkan harga 2-3 kali ganda tinggi daripada syarikat syarikat lain seolah diberi keutamaan. Jika tidak benar dakwaan ini diharap Bank Rakyat beri penjelasan dan membuat penafian.


Jikakalau benarlah dakwaan Silverlake yang mempunyai kaitan dengan pemimpin DAP bakal menang dengan harga 2-3 kali ganda dari syarikat lain,penulis berharap pihak SPRM buat siasatan mengapa hingga boleh jadi begini.


Harus diingat Bank Rakyat adalah sebuah koperasi yang memegang amanah ahli ahli mereka.Penulis percaya ahli koperasi sudah pasti berharap jika  pengurusan tertinggi Bank Rakyat berhati hati dalam membuat keputusan agar Bank Rakyat tidak mengalami kerugian ratusan juta ringgit.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment