Thursday, 23 June 2016

Pengerusi NGO Mywatch Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Jempol ditahan semasa terima wang.


Datuk R. Sri Sanjeevan dilaporkan telah membuat ugutan terhadap Goh Toh Hon untuk menyiarkan berita kegiatan haram (judi ekor) di dalam facebook miliknya sekiranya pengadu tidak memberi wang pelindungan.

Laporan Polis dibuat oleh Goh Toh Hon di Serdang. Pada tarikh dan masa yang dijanjikan, Goh Toh Hon telah berjumpa Datuk R. Sri Sanjeevan di Tol Nilai dan menyerahkan duit pelindungan sebanyak RM 25,000.

Sejurus pengadu menyerahkan duit dengan meletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri seperti diarahkan oleh Dato Sri Sanjeevan, pihak Polis telah menyerbu dan menahan Datuk Sri Sanjeevan dan merampas duit berkenaan.

Sejumlah RM 16,080 dan 5 buah handphone ditemui dan dirampas semasa pemeriksaan di dalam kereta Toyota Vellfire bernombor pendaftaran QMW 4 di Balai Mantin.

Selain daripada itu, Datuk R. Sri Sanjeevan turut akan dikenakan tindakan atas kesalahan menggaji pemandu peribadi yang telah tamat permit pada 3 Feb 2016. Lelaki tersebut bernama Muthukumar Manivannan, warganegara India.
 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment