Monday, 13 February 2017

Empat wakil rakyat DAP Melaka hari ini bertindak keluar parti berkuat kuasa serta-merta hari imi kerana kecewa dengan pemimpin parti berkenaan dan mendakwa DAP telah menyimpang daripada matlamat asal.



Mereka terdiri daripada; Anggota Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Duyong, Goh Leong San; ADUN Bachang, Lim Jak Wong dan ADUN Kesidang, Chin Choong Seong.
Sidang media keempat-empat wakil rakyat DAP keluar parti itu dilapor portal berbahasa Cina, Oriental Daily Online hari ini.


Dengan tindakan itu menyebabkan DAP hanya memiliki baki tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh manakala tiada sebarang kerusi di peringkat parlimen.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment