Friday, 17 February 2017

Kerjasama politik di antara DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui partinya, PPBM merupakan salah satu sebab empat wakil rakyat Melaka keluar parti.

ADUN Kesidang, Chin Choong Seong berkata kerjasama politik antara DAP dan Dr Mahathir tidak sepatutnya berlaku kerana pimpinan DAP sering menjadikan Dr Mahathir sebagai musuh politik nombor satu sebelum ini.

“Kita DAP yang selalu mengkritik kerajaan semasa di bawah pemerintahan Tun Mahathir. Kita (DAP) katakan banyak isu yang menjadi masalah sekarang hari ini berasaskan dari masa pentadbiran Tun Mahathir.

“Kenapa pula tanpa Tun Mahathir meminta maaf atau mengaku salah.. (tetapi) kita (terus) membuat kerjasama dengan Tun Mahathir,”katanya.

Choong Seong adalah antara empat wakil rakyat DAP Melaka yang keluar parti, Ahad lalu, selain ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him ADUN Duyong, Goh Leong San dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng me­ngakui kerjasama politik yang dijalin de­ngan Pengerusi PPBM, Dr. Mahathir Mohamad adalah dari segi strategi politik semata-mata.

Guan Eng berkata setiap ahli DAP perlu membuang rasa tidak puas hati terhadap Dr Mahathir untuk mendapat manfaat yang lebih besar kepada parti pada PRU 14.

Tambahnya, jika diikutkan rasa tidak puas hati, dia dan bapanya, Lim Kit Siang sepatutnya paling tidak berpuas hati kerana semasa menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir telah menangkap anak beranak itu sebanyak dua kali.

“Awak ingat saya boleh lupa kah. Tak boleh lupa..”katanya.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment