Monday, 20 February 2017

Bukan suatu isu PKR tidak hadir atau menghantar wakil dalam program Himpunan 355 anjuran PAS pada Sabtu, Naib Presiden PKR, Tian Chua.





“Itu perhimpunan PAS, tak ada isu (PKR tak datang)…”Kita sokong usul (itu dibawa ke Dewan Rakyat),” katanya ketika ditemui dalam satu Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kawasan Parlimen Batu semalam.


Dalam perhimpunan menyokong Akta 355 di Padang Merbok pada Sabtu, tiada seorang pun wakil pimpinan tertinggi daripada PKR dan PPBM yang hadir sepanjang acara yang bermula jam 2 petang hingga 11 malam itu.


Dua hari sebelum perhimpunan di Padang Merbok, AIDCNews mendedahkan butiran Keputusan mesyuarat Biro Politik PKR yang menolak perhimpunan anjuran PAS tersebut.


“Keputusan Mesyuarat Biro Politik Bil 1/2017 bertarikh 10 Januari 2017:-

“Biro Politik bersetuju supaya KEADILAN tidak menyertai himpunan berkaitan usul pindaan RUU355 anjuran Parti PAS yang akan diadakan pada 18 Febuari 2017 ini. Harap maklum,” kenyataan ringkas daripada nota Setiausaha Agung dipetik.

<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/na_M-KwK0Ac" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment