Saturday, 18 February 2017

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dinasihatkan agar tidak menunggu PAS sebaliknya teruskan mendampingi DAP.

Itu nasihat Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada parti yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ujar Amar, PPBM kerapa menyerang kepimpinan PAS, namun hingga kini masih menagih persetujuan daripada partinya untuk menjalinkan kerjasama politik menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Kalau rasa PAS parti yang tidak efektif, maka tak perlulah kita masuk pakatan itu. Nanti kita susahkan mereka pula. Jadi lebih baik kita bawa diri ikut jalan masing-masing.

“Eloklah (PPBM) pergi dengan DAP, tak payah tunggu kita dan bagi tempoh sehingga sebulan. Kita sama-sama tengok apa jadi pada pilihan raya umum nanti,” ujarnya dipetik sebuah akhbar.

Dr Mahathir sebelum ini berkata PPBM tidak akan meninggalkan DAP kerana parti itu dilihat kuat dan memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 39 kerusi berbanding PAS yang hanya memiliki kurang 20 kerusi.

Walaubagaimanapun, bekas Presiden umno itu berkata akan tetap menunggu PAS dalam masa sebulan, untuk melihat sama ada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan PPBM atau tidak.

Dr Mahathir sebelum ini secara terang-terangan mengakui tersilap menilai DAP selama ini.
Ujarnya DAP adalah parti untuk pelbagai bangsa dan tidak mengamalkan politik perkauman – AP

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment