Monday, 10 April 2017

Berikut kenyataan penuh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya hari ini berhubung respons kepada laporan berjudul ‘Perogol diminta kahwin mangsa bawah umur’.

Laporan awal bqertajuk ‘Perogol diminta kahwin mangsa bawah umur’ di Malaysia adalah tidak tepat, lebih mirip kepada berita palsu.

Kenyataan oleh Shabudin Yahya:

1. Baru-baru ini, satu insiden semasa sesi perbahasan di Parlimen telah menarik banyak tumpuan media.

2. Dalam laporan dan tajuk utama berita, kedua-dua media tempatan dan antarabangsa telah memberi persepsi bahawa saya boleh menerima perogol dibenarkan berkahwin mangsa bawah umur bagi mengelak hukuman.

3. Ini adalah tidak tepat dan mengelirukan dan mirip kepada berita palsu.

Laporan media merujuk kepada sebuah insiden semasa perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang akhirnya diluluskan.

4. Seorang Ahli Parlimen telah mencadangkan satu pindaan kepada rang
undang-undang ini yang akan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur manakala saya telah memberi pendapat bahawa dalam keadaan tertentu, fleksibiliti semasa perlu kekal.

5. Secara umumnya, umur perkahwinan mengikut undang-undang di Malaysia adalah 21 tahun tanpa persetujuan ibu bapa dan 18 tahun dengan persetujuan ibu bapa manakala umur persetujuan mengikut undang-undang ialah 16 tahun.

6. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, mereka yang di bawah umur boleh berkahwin jika diberi lesen perkahwinan khas oleh ketua kerajaan negeri tertentu atau dibenarkan oleh hakim mahkamah.
7. Oleh kerana umur persetujuan ialah 16 tahun, mana-mana individu tanpa mengira umur yang telah mengadakan hubungan seksual dengan seorang bawah umur – sama ada secara rela atau tidak – adalah dianggap melakukan ‘rogol berkanun’ di bawah Kanun Keseksaan dan akan didakwa dengan sewajarnya.

8. Saya adalah bekas hakim. Berdasarkan pengalaman saya dalam kes-kes lepas, saya berpendapat bahawa fleksibiliti dan budi bicara hakim mesti dikekalkan untuk membenarkan mahkamah membuat keputusan mengenai kes rogol berkanun yang melibatkan pasangan yang ada ikatan hubungan dan diperlakukan secara berbeza dengan kes rogol tanpa persetujuan – sebagai bertentangan dengan larangan mutlak mengenai perkahwinan bawah umur seperti dicadangkan oleh Ahli Parlimen lain.

9. Dalam perbahasan itu, saya menegaskan bahawa semua insiden rogol – sama ada rogol statutori atas persetujuan bersama atau sebaliknya – adalah satu jenayah. Tidak dalam mana-mana masa pun, saya ada mencadangkan perogol dipaksa berkahwin dengan mangsa, juga sama ada saya berkata bahawa jenayah rogol adalah secara automatik digugurkan selepas perkahwinan.

10. Bagi mengelak keraguan, saya dan Malaysia secara paling keras mengutuk jenayah seksual dan Malaysia tidak pernah teragak-agak untuk mendakwa dan mengenakan hukuman sepenuhnya terhadap pelaku seks mengikut undang-undang kita.

11. Adalah dikesalkan bahawa laporan media yang tidak tepat telah mengelirukan orang ramai dan menyebabkan kekecohan yang tidak sewajar.
Pendedahan Ini Punca YB Shahbudin diserang oleh DAP!

12. Ini telah membayangi berita kelulusan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang telah memberikan lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak daripada pelaku seks. Kanak-kanak di Malaysia kini menikmati perlindungan undang-undang yang tiada bandingannya.
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

1 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM....
    SALAM UKHUWAH ISLAMIAH BUAT SEMUA SAUDARAKU BAIK YANG MENJADI TKI/ TKW MAUPUN YANG ADA DI DALAM NEGRI.
    ~BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM~
    MOHON DI MAAF JIKA KEHADIRAN SAYA DI SINI
    MENGGANGGU KENYAMANAN ANDA SEMUA
    PERTAMA-TAMA SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH SALEH YANG TELAH MEMBANTU KEHIDUPAN KELUARGA SAYA, DULUNYA SAYA CUMA KERJA JADI TUKANG OJEK , PENGHASILAN SAYA HANYA PAS PASAN UNTUK MENGECUKUPI KEHIDUPAN KELUARGA SAYA..ALHAMDULILLAH SEKARANG SEJAK SAYA BERGABUNG JADI MEMBER (MBAH SALEH), SAYA SUDAH BERKALI KALI MENANG TOGEL DAN INI KEMENANGAN SAYA YG KE 3X NYA KEMARIN DI KASIH ANGKA RITUAL 4D,SYUKUR ALHAMDULILLAH ANGKA YG DIBERIKAN AKI TEMBUS LAGI, IMPIAN SAYA SELAMA INI SUDAH JADI KENYATAAN KEHIDUPAN KELUARGA SAYA PUN JAUH LEBIH BAIK DARI PADA SEBELUMNYA...
    BUAT BAPAK/IBU YANG INGIN MENDAPATKAN REJEKI MELALUI JALAN TOGEL..
    JIKA ANDA BENAR2 SERIUS TERTARIK UNTUK MENDAPATKAN ANGKA HASIL RITUAL MBAH SALEH SILAHKAN HUBUNGI LANGSUNG MBAH SALEH DI NOMOR HP = +6285247111647
    ABAH SALEH ATAU BIASA JUGA DIPANGGIL MBAH SALEH TIDAK PERNAH MENGOBRAL JANJI MANIS…FAKTA & KENYATAANLAH YANG BERBICARA..

    {{ MBAH SALEH }}
    085247111647 / +6285247111647

    Atau Kunjungi =**RAHASIA ALAM GAIB**=

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Comment