Saturday, 21 October 2017

Video kedua yang kononnya membuktikan skandal Ketua SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan seorang wanita, telah pun menyusul dan mula diviralkan oleh pihak-pihak tertentu.

Tujuannya sudah pastilah untuk menutup mulut dan mematikan pembelaan ke atas Dzulkifli. Dan pada masa yang sama, menghalang usaha-usaha tegas SPRM dalam memerangi najis rasuah membabitkan nama-nama besar dan mereka yang berpengaruh.

Satu kenyataan sensasi yang dibuat oleh Dzulkifli membabitkan beberapa buah kementerian yang terpalit dengan skandal rasuah menerusi media, sudah pasti menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

Manakala beberapa kes besar yang diviralkan oleh media, seperti yang berlaku di Melaka dan Sabah, turut menimbulkan rasa tidak puas hati selain keinginan untuk menamatkan kesengsaraan tersebut dengan melupuskan Dzulkifli daripada jawatan yang disandangnya.

Ada banyak teori yang memperkatakan tentang kewujudan serangan tersebut. Isu berkenaan pastinya mempunyai dalang besar yang amat tergugat dengan keagresifan SPRM dan Dzulkifli memerangi najis rasuah di negara ini semenjak Dzulkifli mengambil alih tugas sebagai Ketua SPRM.

Ironinya, penafian yang dibuat oleh suami kepada wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Dzulkifli, langsung tidak dipedulikan atau diangkat.

Lelaki berkenaan menafikan hubungan antara bekas isterinya dengan Dzulkifli adalah punca kepada perceraian mereka. Pasangan bekas suami isteri itu turut meminta agar perceraian mereka tidak dikaitkan dengan Dzulkifli bahkan turut meminta agar masyarakat khususnya warga media sosial menghormati keputusan yang telah mereka ambil bersama-sama.

Bukan itu sahaja, pasangan tersebut turut mengecam pihak yang telah mempergunakan gambar anak-anak mereka dalam usaha untuk menimbulkan kebencian kepada Dzulkifli. Pasangan tersebut mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkan perceraian mereka dengan Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

(http://mole.my/woman-and-ex-husband-deny-she-had-affair-with-macc-boss/)

Taktik menggunakan persepsi atau lebih tepat lagi, fitnah, merupakan senjata paling ampuh untuk menjatuhkan atau mengalahkan seseorang yang telah dijadikan sasaran. Dzulkifli Ahmad nampaknya telah terkena tulah tersebut hasil daripada perbuatannya 'menjolok sarang tebuan'.

Siapakah 'sarang tebuan' tersebut sehingga menyebabkan mereka terpaksa menggunakan taktik sekeji itu untuk memastikan pendalangan dan kerja-kerja keji mereka dalam rasuah tidak terbongkar dan mereka tidak diheret ke muka pengadilan?

Kes-kes besar seperti yang melibatkan KKLW ketika di bawah Shafie Apdal, SDFC yang menyaksikan penangkapan Setiausaha Politik Menteri Tenaga Manusia Richard Riot, pengisytiharan ranking kementerian membabitkan rasuah dan salahguna kuasa sebagai contoh merupakan antara 'sarang-sarang tebuan' yang sudah pasti akan membuatkan banyak pihak yang akan kepanasan dan mencari-cari jalan untuk memastikan usaha-usaha SPRM terbantut, sebaliknya SPRM lebih sibuk untuk membersihkan integriti Ketua mereka.

Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment