Monday, 9 July 2018


*Mula: 10hb Mei 2018*
*Tamat: 12hb Ogos 2018*
*Luput: 35 hari lagi*
*Tarikh kemaskini: 08hb Julai 2018*

1. Peguam Negara dipecat.

2. Hakim Negara didesak letak jawatan

3. KP SPRM dipecat

4. Gabenor BNM letak jawatan.

5. KPN didesak letak jawatan

6. Tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap A.Kadir Jasin dan aktivis PH Hishamudin Rais yang memFITNAH dan mengejek Institusi Raja2 Melayu dan YDPA.

7. Tiada penurunan harga minyak (bahan bakar RON95, RON97 dan DIESEL) seperti janji2 menifesto parti PH sebelum PRU14.

8. MemFITNAH Malaysia mempunyai hutang yang banyak tetapi badan antarabangsa (IMF dan agenci penarafan) tidak mengiktiraf laporan dari kerajaan PH melalui pengumuman menteri MOF yang hanya keluarkan kenyataan 'hear say' sahaja.

9. Mengutip derma dari rakyat kononnya negara hampir bankrap.

10. Harga Gas asli naik apabila TARIF asas gas asli dinaikkan 77 sen kepada RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu) mulai 1hb Julai 2018.

11. Kes perbicaraan isu kerugian RM32 bilion akibat judi FOREX dihentikan.

12. Tiada duit raya untuk rakyat seperti mana yang pernah diberi oleh DS Najib ketika BN memerintah Malaysia.

13. Tol tidak dimahsuhkan

14. *Mengata dulang paku serpih!!!...* Sebelum ini mereka di PAKATAN HARAPAN tuduh DS Najib dan DS Rosmah membazir wang negara, salah guna kuasa dan macam2 lagi apabila guna jet peribadi MILIK kerajaan...😆😆 Pada 25hb Mei 2018 Timb Perdana Menteri DS Wan Azizah Ismail sekeluarga menaiki Jet Peribadi Kerajaan Malaysia ke Istana Kelantan. Urusan rasmi hanyalah melayakkan DSWA sebagai TPM sahaja yang layak menaiki pesawat tersebut bukan bersama keluarganya walau undangan itu adalah untuk DSWA sekeluarga. 😆😆😂 Sendiri mau ingatlah wahai DSWA, Nurul Izzah, Rafizi dll

15. Tun Mahathir anugerahkan projek pembangunan Langkawi kepada kroninya TS Ting Pek Khiing satu projek bernilai RM30 bilion merangkumi pembinaan kira2 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersial dan dermaga kapal di kawasan seluas 81 hektar tanah tebus guna di barat Pulau Langkawi yang dilancarkan pada 1hb Jun 2018.

16. Merancang bina kilang automotif dipercayai untuk kroni bukan untuk Malaysia. Disyakki akan ada pula kes 'bailout' di masa akan datang. 😀😀😀

17. Kes 1MDB masih lagi belum di bawa ke mahkamah dan kes ini dikategorikan FITNAH kerajaan PH terhadap DS Najib.

18. Siti Kassim buat report polis...ada org nak rogol dia 😂😆😄

19. Kerajaan PH melalui Menteri Pertanian (Salahudin Ayub) menipu apabila menyatakan harga barang turun 30%~50%

20. Harga Air batu (ais ketul) naik kepada RM6 selepas PRU14 dari harga RM3.50 satu kampit sebelum PRU14 😂😆😄😀

21. Pengundi PH kena kencing dengan kerajaan PH secara berjemaah berkenaan harga akan turun apabila sifar GST.

22. Dr Mazlee mungkir janji dan KENCING pengundinya secara berdiri! Tiada bayaran harga pampasan tol yang dibayar apabila NETIZEN tuntut janji.

23. Pasar ramadhan di jalan TAR KL diurus secara rasuah

24. Dr Tan Seng Giaw mengingatkan kerajaan PH bahawa Dato Seri Najib tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes 1MDB.

25.Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim tidak bersetuju dengan sikap DAP apabila hampir setiap hari mencipta berita palsu dengan bermacam2 dakwaan menyebabkan status negara jatuh.

26. Dosa2 Tun Mahathir yang lampau di DELETE (hapus) oleh DAP selepas Tun M menjadi PM.

27. Tun Mahathir PM ke 7 adalah penyebab beribu2 rakyat hilang pekerjaan di sektor awam

28. Peruntukan untuk baik pulih (renovation) dan pembinaan Madjid dan Surau diBATALkan.

29. Peruntukan untuk bina GEREJA sebanyak RM6 juta diluluskan.

30. Melantik si kafir DAP mengawal kewangan negara sekaligus menyekat peruntukan untul institusi Islam negara.

31. Seramai 1200 orang bakal jemaah Haji ke Mekah pada musim ini (1438 Hijrah/2018) yang ditaja oleh syarikat 1MDB kecewa kerana hasrat mereka tidak kesampaian apabila tajaan ini telah diBATALkan oleh kerajaan PH.

32. Memberhentikan guru2 Quran dan Fardu Ain.

33. Penjawat awan bertaraf kontrak dibuang kerja

34. Tidak bertindak terhadap pihak2 yang semakin berani menyerang JAKIM sebagai peneraju institusi Islam negara malah bertindak kaji untuk mengurangkan peranan JAKIM.

35. Berdiam diri dengan kelantangan pihak2 Islam liberal dan LGBT yang semakin gila dan berani menuntut kebebasan melakukan aktiviti persundalan, khalwat dan maksiat

36. Melantik sekumpulan orang2 tua kaya raya yang sehingga hari ini masih tidak menonjolkan peranannya membantu kemajuan ekonomi negara. Malah gaji mereka sangat tinggi dibayar guna wang rakyat.

37. Meminta derma daripada rakyat dengan alasan untuk membayar hutang negara walhal diri sendiri, anak2 dan kroni kaya raya bertaraf jutawan dan bilioner.

38. Melantik seorang kafir sebagai peguam negara sedangkan Tun Mahathir tahu peguam negara berkait rapat dengan institusi Di Raja dalam sebuah negara Islam.

39. Pertikai penjawat2 awam yang berpolitik sedangkan suatu ketika dulu Tun Mahathir kata ianya hak kebebasan bersuara.

40. Pada 22hb Jun 2018, kerajaan PH sahkan bahawa Projek Transit Aliran Massa laluan 3 (MRT3) bernilai RM45 bilion yang 75% daripada projek itu membabitkan laluan bawah ta­nah secara rasmi diBATALkan.

41. Pada 26hb Mei 2018 Tan Sri Vincent Tan kroni tegar Tun Mahathir telah menjadi sebahagian pemegang saham syarikat T7 Global apabila beliau membeli 21 juta saham atau 5.04% nilai pegangan dari 15% saham T7 Global. T7 Global merupakan kontraktor utama projek ECRL laluan Pantai Timur.

42. Menyerah kalah kepada Singapura dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih dan menafikan hak negara terhadap penguasaan maritim beratus2 kilometer di perairan negara.

43. Pada 23hb Jun 2018 Raggie Jessy Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku dan Dato Lokman Adam telah membuat satu laporan polis berkenaan Bekas Gabenor BNM, TS Zeti Akhtar Aziz dan KP SPRM, DS Mohd Shukri Abdull yang didakwa bersubahat perangkap DS Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion. DS Najib diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikai sedangkan TS Zeti tahu identiti pihak yang pindahkan dana tersebut. Sehingga kini (30hb Jun 2018) pihak polis masih belum lagi memanggil TS Zeti dan DS Shukri Abdul untuk dirakam percakapan. "Rule of Law" apakah ini?. 😄😄😄

44. Kerajaan PH tidak mampu mengawal kenaikan harga barang yang melambung.

45. Kerajaan PH penyebab nilai matawang merosot teruk dan Bursa Saham merundum ke paras terburuk menyamai rekod era pemerintahan Tun Mahathir sebelum ini.

46. Gaji peneroka FELDA yang dibawah RM1,000 juga dipotong.

47. Pusat maksiat dan perjudian di Lembah Klang semakin aktif

48. Gagal menyiasat harta kekayaan anak beranak Tun Mahathir.

49. Gagal menjelaskan kepada rakyat keperluan pinjaman dengan Jepun sejumlah besar bernilai 40 Trillion Yen.

50. Kerajaan PH gagal menjelaskan sumber rujukan berita media asing seperti SARAWAK REPORT dan WSJ samada melaporkan BERITA benar atau palsu kerana sehingga kini kes 1MDB, isu DS Najib dan isteri yang dimainkan masih lagi belum dibawa ke mahkamah.

51. Memfitnah Dato Seri Najib mahu lari dengan 30 luggage. Walhal beliau mahu bercuti.

52. Kejatuhan Bursa Saham Malaysia setiap hari akibat persepsi fitnah kerajaan PH tanpa merujuk kepada nilai sebenar KDNK 50.8%.

53. LGE mendakwa kerajaan PH akan bankrap sekiranya tunai janji pilihanraya. Monisfesto PH sudah ternyata palsu semata2.

54. Isu rantai bini LGE berharga RM2.4 juta. Dari mana bini LGE dapat duit beli rantai itu?. Menabungkah? 😄😄😄 Atau menang loteri tiap2 hari selama 20 tahun? 😆😆😆

55. Janji hapuskan pinjaman PTPTN tidak serupa bikin. Janji tinggal janji!!!. Kencing berlari lagi kerajaan PH. Manisfesto siapa ya untuk hapuskan pinjaman PTPTN?.

56. DAP cadang Hanna Yeoh sebagai Speaker Dewan Rakyat... 😄😄

57. Budak2 pun kena chop di tangan apabila nak DUIT RAYA ketika berkunjung berhari raya di rumah Menteri Besar Kedah!!!.😆😆😆

58. Peminjam PTPTN bergaji RM4K ke bawah perlu bayar balik pinjaman mereka. Manisfesto sebelum PRU: tidak perlu bayar untuk peminjam bergaji RM4k ke bawah

59. Mulai tahun 2019 BR1M kepada anak Melayu bujang (majoriti penerima) bergaji RM2,000 sebulan diMANSUHkan. Manakala BR1M kepada yang berkeluarga tetapi pendapatan kurang RM4,000 sebulan akan diKURANGkan.

60. Saham bursa di BSKL semakin jatuh hari demi hari sejak bulan Mei 2018.

61. Pada 21hb Jun 2018 Menteri Kewangan LGE memberitahu media kerajaan PH akan meneruskan projek TRXC dengan suntikkan dana RM2.8 bilion. Keputusan meneruskan projek tersebut bertujuan menangani kebimbangan pelabur2 tempatan dan pelabur antarabangsa sedia ada di TRX supaya tidak tarik diri. Keuntungan daripada projek TRXC dijangka mencecah RM8 bilion dan terdapat 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Mslaysia untuk masa depan.

62. Pada April 2018 sebanyak RM80 juta peruntukan diberi oleh kerajaan BN pimpinan DS Najib kepada sekolah Maahad Tahfiz. Tetapi malangnya peruntukan tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan PH tanpa alasan.

63. Tun M menjemput DS Zahid dan menawarkan penyatuan UMNO/BN dan PPBM. Tetapi ditolak DS Zahid Hamidi.

64. Skandal BMF terbongkar. Keadilan buat Jalil Ibrahim.

65. Pemandu teksi Luah PERASAAN Sedih Ditipu Kerajaan PH

66. Kerajaan PH mansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada 57,000 nelayan yang pernah diberi kepada nelayan sejak 2008 oleh kerajaan BN pimpinan DS Najib.

67. Ribuan pekerja ICU dibuang.

68. Ratusan pekerja di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dipecat serta merta dalam satu taklimat di JPM selepas keputusan PRU14 diumumkan

69. KAFA dimansuhkan. Seramai 3,600 guru KAFA di Kelantan dibuang.

70. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dibubar dan pekerja JASA dipecat serta merta walhal Perdana Menteri tidak berhak bubar JASA kerana ia ditubuhkan dengan titah Yang di-Pertuan Agong setahun selepas negara merdeka.

71. MENTERI Pendidikan Maszlee Malik menggesa naib canselor dan timbalan naib canselor universiti awam yang cenderung menyokong BN meletak jawatan.

72. Ada 3 unit khas PDRM akan dibubar oleh kerajaan PH iaitu Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

73. Pada 21hb Jun 2018, BNM melaporkan Rizab antarabangsa BNM semakin susut. Rizab ini menyusut kepada AS$107.9 bilion (RM428 bilion) setakat 14 Jun 2018 berbanding AS$108.5 bilion (RM434 bilion) setakat 31 Mei 2018. Pada April 2018, Rizab antarabangsa BNM adalah AS$110 bilion (RM438 bilion) yang kerajaan BN wariskan untuk kerajaan PH. *Hanya dalam tempoh 2 bulan dari bulan April hingga Jun 2018, Rizab antarabangsa BNM didapati menyusut dengan mendadak kepada AS$2.1 bilion (RM8.39 bilion).*

74. Laporan portal TheEdge pada 18hb Jun 2018 menyatakan nilai pelaburan KWSP merosot 12% atau RM6.09 bilion selepas PRU14 (9hb Mei 2018). Nilai pelaburan KWSP merudum dari RM51.21 bilion kepada RM45.12 bilion dengan catatan kerugian RM6.09 bilion dalam tempoh sebulan.

75. Tanggal 21hb Jun 2018 merupakan hari ke-31 pelabur asing menjual saham dari pasaran Bursa saham berjumlah RM264.9 juta sebagai tambahan kepada RM238.8 juta, RM555 juta dan RM383.96 juta dari Isnin hingga Rabu. Sehingga tarikh itu, pelabur asing telah menarik RM9 bilion wang pelaburan dari pasaran stok Bursa sejak permulaan Mei di atas anggaran aliran keluar asing sebanyak RM20 bilion daripada bon Bursa saham.

76. Pada 23hb Jun 2018 Menteri Kewangan LGE mengumumkan bahawa pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan. Ianya kini mencetuskan kontroversi berikutan kosnya yang mencecah hingga RM70 bilion di mana semasa zaman kerajaan BN, DS Najib mengumumkan kos pembinaan ECRL hanya RM55 bilion. Kenapa kos pembinaan naik sehingga RM15 bilion?. Adakah RM15 bilion ini duit komisyen?. 😄😄😆

77. *Kes Pembunuhan Altantuya....* Pada 8hb Jun 2018, BERNAMA melaporkan pihak Australia telah bersetuju untuk mengaturkan ekstradisi Sirul ke Malaysia. TETAPI Kenapa Tun Mahathir banyak berdolak dalih?. Tun M takutkah? Atau Tun M sudah GOYANGkah?. 😄😄😄 Untuk pengetahuan semua: Sirul adalah bekas PENGAWAL PERIBADI (bodyguard) Tun Mahathir. Sirul bukan pengawal peribadi DS Najib. 😀😀😀

78. *Kes pembunuhan Altantuya.....* Cukuplah jangan jadikan Sirul kambing hitam. Pada 28hb Jun 2018 DS Khairuddin Abu Hasan (Macai Tun Mahathir) dilaporkan ke Australia berjumpa Sirul di penjara Villawood Detention Centre Sidney. Sirul dilaporkan telah mengirim sepucuk surat kepada Tun Mahathir. Apa rundingan dan janji2 Tun Mahathir kepada Sirul?. 😄😄😄😄 FI: Mendiang Lorraine Osman (kambing hitam) meninggal dunia pada 9hb Ogos 2011 di London gara2 skandal BMF. 😊😊

79. *Demokrasi ala diktator Tun Mahathir....* Pada 23 Jun 2017 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengugut 1.6 juta kakitangan kerajaan supaya menyokong kepemimpinan Pakatan Harapan jika tidak mahu berdepan dengan tindakan tegas dibuang kerja.

80. Pada 21hb Jun 2018 Menteri Kewangan Kerajaan PH LGE telah mengeluarkan satu surat rasmi kerajaan menerusi BAHASA MANDARIN. Surat rasmi dalam bahasa Mandarin bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang mengiktiraf Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.
Perkara 152 (1) Menyatakan Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan (Bahasa Malaysia) yangdiperuntukkan melalui undang2 oleh Parlimen.

81. Kerajaan PH dengan rasmi telah meluluskan lesen judi sukan ASCOT SPORT SDN BHD setelah tertangguh sejak tahun 2003. Ascot Sport S/B adalah syarikat judi milik TS Vincent Tan kroni tegar Tun Mahathir.

82. Pada 21hb Jun 2018 Kerajaan PH mencatat rekod pertama sebagai pemegang tampuk kuasa pentadbiran Malaysia yang membenarkan perlancaran rasmi (official lounch) citarasa ARAK dari Peranchis (French cognac house Martell) jenis brandy terbaru jenama MARTELL di Malaysia.

83. Pada 27hb 2018 Kerajaan PH mengumumkan Bazar Masjid India yang dibuka sejak tahun 2003 kini ditutup. Bazar tersebut adalah lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah setiap kali musim perayaan tiba samada Hari rRaya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Depavali, Tahun Baru Cina dll. Ini bermakna Kerajaan PH telah menutup sumber pendapatan peniaga2 yang rata2nya terdiri daripada bangsa Melayu mencari rezki.

84. Pada 27hb Jun 2018 Kerajaan Negeri Kedah pimpinan DS Mukhriz Mahathir dari Pakatan Harapan akan mengkaji untuk HENTIkan insentif yang dilaksanakan oleh kepimpinan BN memberi pengecualian caj bekalan air bagi penggunaan maksimum 20 meter padu. Pihak kerajaan PH mendapati terdapat beberapa masalah bebanan kewangan kerajaan negeri di bawah pentadbirannya. Kesan daripada insentif air percuma itu, hampir 222,000 akaun penduduk tempatan menerima pengecualian caj bekalan air atau kos pengguna domestik berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.

85. Pada 27hb Jun 2018 Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju tidak mansuhkan perkhidmatan e-hailing. Dengan pengumuman itu, kerajaan PH telah mungkir janji dengan Persatuan Teksi sebelum PRU14. Janji tinggal janji, itulah luahan pemandu2 teksi yang tertipu memberi undi kepada PH.😄😄😄

86. Pada 27hb Jun 2018 Mohd Faizal Musa Felo Institut Amalan dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM yang merupakan pengikut ajaran Syiah telah menyuarakan hak dan tuntutan kebebasan mengamal serta mengembangkan ajaran Syiah di Malaysia. Dakwaan mereka, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di bawah kendalian kerajaan BN sering kali menyerbu tempat2 yang dipercayai markas penyebaran ajaran Syiah. Tuntutan ini bertentangan dengan Perkara 3 dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan kerana Syiah bukan Islam. Tahniah Kerajaan PAKATAN HARAPAN kerana mendengar tuntutan golongan Syiah.

87. Pada 29hb Jun 2018 kerajaan PH mengumumkan Tarif eletrik akan naik pada hari Ahad (1hb Jul 2018) berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj. Kerajaan PH putuskan kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj “kos tak berimbang” (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini. Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj akan mengalami penurunan atau kenaikan yang ditunjukkan dalam bil elektrik, iaitu anggaran antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0% GST.

88. *"Rule of Law" ala kerajaan PAKATAN HARAPAN...* Pada 29hb Jun 2018 Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, pihak kerajaan PH akan menjual sebahagian besar barang kemas dan barangan mewah yang diambil/dirampas di premis kediaman DS Najib termasuk rantai berlian, tiara dan beg tangan berjenama, yang disita dalam siasatan berkaitan 1MDB. 😄😄😄 LGE tahu atau tidak tahu peruntukan undang2 yang sedia ada di Malaysia?. Adakah mahkamah telah jatuhkan hukuman yang sah terhadap barangan rampasan itu?.

89. Khidmat TS Wahid Omar sebagai Pengerusi PNB ditamatkan pada 30hb Jun 2018 oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Selama 17 tahun beliau 'berkhidmat untuk negara' ('national service') menerajui syarikat2 GLC bermula dengan Kumpulan UEM-Renong (2001-2004), Telekom Malaysia (2004-2008), Maybank (2008-2013), Kerajaan Malaysia (2013-2016) dan PNB (2016-2018). Jawatan beliau akan diganti oleh TS Dr Zeti Akhtar Aziz bekas Gabenor BNM yang menimbulkan kontroversi berkonspirasi perangkap DS Najib dalam kes wang derma RM2.6 bilion.

90. *Persediaan PRU15 oleh Kerajaan PH-Projek I/C* 😄😄 Pada 29hb Jun 2018 Tun Mahathir dan KERAJAAN PH menawarkan warganegara kepada warga asing berkemahiran, terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT). Projek I/C Tun Mahathir ini sekali gus akan menafikan hak graduan IT tempatan, menutup peluang pekerjaan rakyat tempatan dan boleh mendedahkan Malaysia kepada taburan populasi undi yang tidak sihat.

91. *Zaman DS Najib dan Kerajaan BN, projek ECRL hanya RM55 bilion sahaja TETAPI....* 😄😂
Pada 3hb Julai 2018 Menteri Kewangan LGE memberitahu yang kos pembinaan projek ECRL adalah RM81 bilion. Oleh itu, Kerajaan PH dan LGE terpaksa menangguhkan projek tersebut untuk memberi laluan kepada satu rundingan semula dengan kontraktor utama. Kontraktor utama, syarikat milik kerajaan Cina, China Communications Construction Company (CCCC) merasa kecewa dengan penangguhan projek ECRL.

92. *Persediaan PRU15 oleh Kerajaan PH-Projek I/C* 😄😄 Pada 3hb Julai 2018 Menteri KDN TSMY mengumumkan seramai 200,000 orang PATI kaum Cina dipertimbangkan permohonan mereka untuk menjadi warganegara Malaysia. Projek I/C ini dibimbangi akan menyebabkan proses manipulasi undi serta salah guna oleh pihak2 tertentu sehingga boleh menggugat kedaulatan negara.

93. Pada 3hb Julai 2018 KP SPRM, DS Shukri Abdull mengesahkah bekas Perdana Menteri, DS Najib ditahan oleh SPRM di kediamannnya jalan Langgak Duta jam 2.45 petang. Penahanan DS Najib ini merupakan satu pencabulan hak asasi manusia kerana pihak SPRM atau Pasukan Khas 1MDB tidak mengikut prosedur undang2 yang sedia ada apabila penahanan tersebur tidak disertai notis perintah mahkamah.

94. Pada 5hb Julai 2018 Menteri Belia dan Sukan (KBS) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik seorang pejuang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk memegang jawatan sebagai Pegawai Khas di KBS. Nama Numan Hafifi Presiden Pelangi Campaign yang memperjuangkan LGBT tersenarai di laman web rasm Kementerian itu.

95. Pada 5hb Julai 2018 Menteri KPDNKK Datuk Saifuddin Nasution menyatakan harga barang telah turun sehingga 70% tanpa disertakan bukti serta butiran kajian yang dijalankan Majlis Harga Negara. Mengambil contoh barangan yang didakwa turun harga oleh Menteri KPDNKK ialah bawang merah kecil rose ( 0% GST). Laporan Harga Purata Terkini Peringkat Runcit Komoditi Harian yang dikeluarkan FAMA pada 1 Mei 2018 di daerah Petaling mendapati harga purata bagi produk ini adalah RM7.00/kg, namun pada 23 Jun 2018, harga puratanya adalah RM7.50/kg. Manakala kenaikan harga RUNCIT gula dari RM2.50, RM2.70 dan RM2.95... pada 8hb Julai 2018 harga gula naik lagi 10 sen kepada RM3.05....

96. *Rule of Law Kerajaan PH...* Pada 6hb Julai 2018 DS Shukri KP SPRM arahkan kes DS Shafie Apdal (KM Sabah) ditutup, saksi utama Norhartaty Rahmat bekas Timb Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW yang memiliki wang rasuah RM29 juta telah dibebaskan. Pada tahun 2017, Timbalan KP SPRM (Operasi) DS Azam Baki anggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat untuk projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 (NKRA) diseleweng di KKLW.

97. Pada 6hb Julai 2018 Timb Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berusaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksana. Perkara telah dibincang dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk perincikan pelaksanaan yang bakal diambil..... *Tahukah wahai Menteri Pendidikan bahawa UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996?.* 😄😄😇😆

98. Pada 7hb Julai 2018 Akaun bank yang dibuka UMNO Pekan untuk mengumpul dana bagi membayar ikat jamin bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah dibekukan oleh SPRM. Pembekuan akaun ini dimaklumkan oleh Ketua Wanita UMNO Pekan, Datuk Zaimah Abdul Rahman, selepas menyedarinya pagi 7hb Julai 2018. Pembekuan ini jelas mencabul akta perbankan (BAFIA) serta akta penggubahan wang haram dan anti-keganasan (AMLA).

99. *Rule of Law Kerajaan PH....* 😂😆😇 Pada 7hb Julai 2018 Menteri di JPM (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengiktiraf golongan LGBT melalui Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 iaitu setiap warganegara wajib dapat keadilan dan tidak boleh disakiti dan ditindas. Oleh itu golongan ini perlu mendapat keadilan, dijaga dan jamin hak mereka di Malaysia. Apakah hak mereka yang perlu dijaga wahai Menteri Agama?. 😄😄

100. *Rule of Law Kerajaan PH menyatakan JAIS tidak boleh benteras ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran2 Islam....* 😂😆😄 Menteri Agama apakah ini?. 😇😇 Pada 7hb Julai Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa (AMANAH) mengumumkan pengikut fahaman Ahmadiah bukan Islam. Oleh itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak berhak menghalang dan mengambil tindakan ke atas mereka. Mujahid berkata keputusan itu adalah selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang digazetkan pada 1992 serta pindaan pada 2000 bahawa ajaran Ahmadiah bukan lagi sebahagian daripada Islam.

Bayangkan apa lagi kejutan dan kegilaan kerajaan PH dalam tempoh 100 hari!!!.
Kemudian cuba bayangkan untuk tempoh 5 tahun!!!....

Rakyat Malaysia bakal disajikan kejatuhan EKONOMI dan krisis MORAL yang teruk apabila setiap hari pemimpin PH bersandiwara demi dendam dan menggapai matlamat menerusi jalan singkat melalui proses menghalalkan cara.

*Tarikh kemaskini: 08hb Julai 2018*
*Senarai ini akan sentiasa dikemaskini sehingga 100 hari pentadbiran kerajaan PH.*

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Comment